Program Restu Ilmu
Pada 4 September 2015 (Jumaat) telah diadakan Program restu Ilmu untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan pada 8 hingga 10 September nanti.
Program ini, walaupun sederhana namun sangat bermakna. Menjadi simbolik kepada kerelaan dan keikhlasan guru-guru mencurahkan ilmu kepada murid-murid Tahun 6.
Program Sembahyang Hajat dan Bacaan Yaasin
Pada malam sebelumnya telah diadakan Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Masjid Kampung Sentang.
Alhamdulillah, semua penjaga dapat menghadirkan diri untuk sama-sama berdoa demi kejayaan anak-anak murid Tahun 6.
Program Ziarah Cakna UPSR
Terima kasih kepada Ustaz Halim bin Ismail, Penolong PPD J-Qaf dan En. Ahmad Rosli bin Ismail, Penyelia Kanan Sekolah Rendah kerana sudi hadir ke SK Pagar Sasak dalam rangka Program Ziarah Cakna UPSR.
Sokongan serta kata-kata motivasi yang disampaikan oleh kedua-dua pegawai dari PPD Lipis ini diharapkan dapat meningkatkan semangat murid-murid Tahun 6 untuk berhadapan dengan peperiksaan UPSR nanti.
Program Menggenggam 5A
Pada 18 hingga 20 Ogos 2015 seramai 4 orang murid target SK Pagar Sasak iaitu Faiz, Sufi, Nurin dan Nisa telah menyertai Program Menggenggam 5A yang diadakan di Kem Berala, Kuala Telang.
YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku menyampaikan sijil penyertaan kepada Sufi sebagai mewakili rakan-rakan yang lain.
Program Klik dengan Bijak
Pada 7 Ogos 2015, Pusat Internet 1Malaysia Pagar Sasak telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak di SK Pagar Sasak.
Semoga program ini dapat melatih murid-murid menggunakan internet untuk kebaikan pendidikan, bukan sekadar untuk membuang masa atau melakukan perkara-perkara tidak berfaedah.