Saturday, March 26, 2016

Program cuti pertengahan penggal pertama 2016

Muafakat Membawa Berkat

Aktiviti menceriakan persekitaran sekolah. Persekitaran yang cantik dan bersih menyumbang kepada wujudnya suasana kondusif untuk murid-murid belajar dengan lebih baik.

Menukar atap 'pondok menunggu' di hadapan pintu masuk sekolah. Semoga murid-murid lebih selesa berteduh di bawah pondok ini ketika balik sekolah sementara menunggu ibu bapa datang mengambil.

Memotong dahan pokok semarak api yang melindungi papan menggantung banner yang terletak berhampiran pintu masuk sekolah.

Sunday, March 13, 2016

Terima kasih...

Majlis meraikan Cikgu Nurshahrin dan Cikgu Zulkifli yang akan menamatkan program praktikum selama sebulan di SK Pagar Sasak.

Kedua-dua mereka ialah guru pelatih dari IPGM Tengku Ampuan Afzan Kampus Kuala Lipis.

Cikgu Zul dan Cikgu Shahrin mengadakan program praktikum dari 15 Februari hingga 11 Mac 2016 dalam bidang pemulihan. Selama sebulan ini, mereka dibimbing oleh Cikgu Asmat.

Sempena kejadian gerhana matahari pada 9 Mac yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Solat Sunat Gerhana.

Program solat sunat ini diadakan di surau SK Pagar Sasak. Seluruh warga Pasak mengambil bahagian dalam program ini.

Tahniah kepada adik Hazziq bin Baharudin kerana mendapat tempat kedua pertandingan bercerita cerita-cerita tentang nabi sempena Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Zon Padang Tengku yang diadakan di SK Felda Chegar Perah pada 10 Mac 2016 yang lalu.

Alhamdulillah...pasukan bola sepak SK Pagar Sasak berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Zon Padang Tengku yang diadakan pada 8 Mac 2016 di SK Teluk Gunung.

Tahniah anak-anak Pasak kerana berjaya mendapat 2 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Padang Tengku yang telah berlangsung pada 25 Februari 2016 di SK Felda Kechau 1.