Saturday, July 25, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 & Riadah Minda Tahun Enam

Pada hari Sabtu baru-baru ini, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 dan Program Riadah Minda Tahun Enam.

Program ini diadakan untuk 'menyegar semula' minda murid-murid tahun enam sebelum mereka menduduki peperiksaan percubaan UPSR yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai ini.

Terus-terusan diasak dengan latihtubi menjawab soalan di dalam kelas menyebabkan murid-murid agak tertekan, tambahan pula akan berhadapan dengan peperiksaan percubaan. Oleh itu, diharapkan program yang dianjurkan ini dapat mengembalikan kesegaran serta ketahanan mental murid-murid.

Pada masa yang sama, guru-guru serta staf sekolah bergotong-royong menyediakan menu untuk jamuan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ini, sambutan hari raya Aidilfitri Peringkat Sekolah diadakan secara dalaman. Tiada jemputan luar, hanya melibatkan guru, staf serta murid-murid sahaja.

Walaupun dibuat secara dalaman sahaja, namun kemeriahan serta suasana hari raya tetap ada.

Sebelum menikmati jamuan hari raya, murid-murid serta guru-guru berkumpul di dalam dewan untuk mendengar ucapan Tuan Guru Besar serta majlis penyampaian hadiah program Riadah Minda Tahun Enam.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2015.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Program Riadah Minda Tahun Enam.

Selamat menjamu selera...

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan 2015

Assalammualaikum wrt. hbt.
Salam sejahtera
Pada 14 Julai 2015 (Selasa) telah diadakan Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 2015.

Majlis dimulakan dengan program khatam Quran.

Majlis penutupan ini dirasmikan oleh En. Amran bin Husin, Penghulu Mukim Kechau. Turut hadir ialah Ustaz Ismail bin Yahya, Penyelia Kanan Pendidikan Agama Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan.

Persembahan nasyid oleh murid-murid perempuan Tahun 6.

En. Amran sedang menyampaikan sumbangan hari raya kepada murid-murid yang merupakan anak-anak yatim.

Sumbangan juga diberi kepada keluarga-keluarga miskin.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata penghargaan kepada En. Amran bin Husin di atas kesudian menerima jemputan untuk hadir merasmikan Maj;is Penutupan Ihya Ramadhan 2015.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin.

Monday, July 13, 2015

Iftar Ramadhan SK Pagar Sasak

Kelab Staf SK Pagar Sasak telah menganjurkan jamuan berbuka puasa pada 6 Julai 2015 (Isnin) di Restoran  Azmi Steam Fish, Kuala Lipis.

Hampir semua staf hadir bersama keluarga masing-masing bagi memeriahkan program berbuka puasa ini.

Tahniah dan terima kasih kepada AJK Kelab Staf di atas inisiatif mengadakan program berbuka puasa ini. Diharapkan program-program seumpama ini dapat meningkatkan ukhwah seluruh warga SK Pagar Sasak.