Monday, April 25, 2016

Program Kecemerlangan Bahasa Melayu

Syukur...walaupun hari Ahad, namun murid-murid menunjukkan semangat jitu dalam menimba ilmu pengetahuan. Mereka hadir ke sekolah untuk mengikuti Program Kecemerlangan Bahasa Melayu untuk UPSR 2016.

Program ini diterajui oleh Cikgu Abdul Wahab bin Tan dari SK Tersang 1, Raub.

Terima kasih kepada Cikgu Wan Ida Rossana kerana turut mengikuti program ini bersama anak-anak murid demi memantapkan ilmu yang ada.

Semoga ilmu serta kemahiran yang disampaikan oleh penceramah dapat dikuasai oleh murid-murid dan boleh diaplikasikan dalam peperiksaan nanti.

Tuan Guru Besar sedang menemani murid-murid makan ketika waktu rehat. Kesempatan ini diambil oleh beliau untuk mendapat maklum balas daripada murid-murid tentang program tersebut. Alhamdulillah, murid-murid menunjukkan sikap positif terhadap program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah walaupun terpaksa mengorbankan masa cuti mereka.

Program School Attack & Sharing Mathematic UPSR 2016

Pada 23 April 2016, giliran SK Pagar Sasak menjadi tuan rumah bagi program School Attack & Sharing Mathematic UPSR 2016.

Program ini disertai oleh 5 sekolah dalam kelompok Padang Tengku 2. Selain SK Pagar Sasak sekolah-sekolah yang berada dalam kelompok Padang Tengku 2 ini ialah SK LKTP Kechau 1, SK Kechor Tui, SK Padang Tengku dan SK Aur Gading.

Seramai 42 orang murid terlibat dalam program ini (SK Pagar Sasak 22, SK Kechor Tui 5, SK LKTP Kechau 1 5, SK Padang Tengku 5 dan SK Aur Gading 5).

Guru Besar SK Pagar Sasak, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid hadir untuk menyempurnakan majlis penutupan rasmi.

Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan-soalan kuiz sepontan dalam majlis penutup.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada guru-guru yang terlibat menjayakan program ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi memastikan program ini berjalan lancar.

Program Motivasi Diri

Program motivasi diri kepada ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 anjuran ECER-Empower pada 22 April 2016.

Ceramah bertajuk "Ibu bapa melahir anak berjaya" disampaikan oleh Tuan Haji Rushdan bin Nordin, Pegawai Kaunselor Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Alhamdulillah, kaum bapa juga turut hadir untuk sama-sama membaiki diri demi kejayaan anak-anak.

Semoga intipati ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Rushdan ini memberi impak yang besar kepada ibu bapa ke arah merangsang kejayaan anak-anak.

Wednesday, April 20, 2016

Kem Bestari Solat 2016

Pada 16 April 2016 telah diadakan program Kem Bestari Solat di SK Pagar Sasak. Seramai 5 orang guru Pendidikan Islam dan 3 orang guru Kafa terlibat menjayakan program ini.

Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam program ini.

Semoga melalui program ini, murid-murid dapat mempelajari tatacara yang betul untuk menunaikan solat.

Latihan praktikal mengambil wuduk.

Tuan Guru Besar melihat anak-anak murid menjamu selera ketika waktu rehat.

Friday, April 15, 2016

Solat Sunat Istisqa'

Fenomena el-nino, cuaca yang panas dan kering...hujan dah lama tidak turun. Dan hari ini, Jumaat 15 April 2016 seluruh warga Pasak menunaikan solat sunat Istiqa' bagi memohon ke hadrat Allah swt agar diturunkan hujan.

“Ya Allah, berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.” (HR. Abu Daud)

Ustaz Mohd Sahar bin Idris sedang memberi taklimat tentang tatacara menunaikan solat sunat Istiqa'.

Sejurus selesai solat, menanti bacaan khutbah dan doa khas memohon hujan.

Khutbah dan doa solat sunat Istiqa' dibacakan oleh Ustaz Hasanuddin bin Yaakob.
Semoga doa serta usaha kita ini mendapat perkenan Allah swt.

Wednesday, April 13, 2016

Program Motivasi ECER-Empower

Pada 13 April 2016 telah berlangsung Program Motivasi guru dan staf sokongan yang dianjurkan oleh ECER-Empower di SK Pagar Sasak.

Ceramah bertajuk "Intergriti Dalam Perkhidmatan" disampaikan oleh Komander (B) Roslizan bin Ahmad Hamidin dari Pusat Pembangunan Modal Insan, Kampung Budu, Benta.

Ceramah yang melibatkan komunikasi dua hala ini, merupakan pendekatan terbaik untuk sesi petang

Walaupun ceramah En. Roslizan penuh dengan lawak namun ilmu dan kesedaran yang cuba disampaikan kepada guru-guru telah berhasil. Semoga mampu dimanfaatkan oleh guru-guru demi kecemerlangan anak-anak didik.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan staf kerana berjaya menunggu sehingga program ini selesai.

Saturday, April 2, 2016

Minggu Anti Dadah 2016

Majlis pelancaran Program Minggu Anti Dadah 2016 disempurnakan oleh En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak. Program ini diselaraskan oleh En. Aminuddin Yusof, GPK HEM dan Cik Nur Kartina Mohd Jailani, guru PPDa.

Aktiviti kemuncak ialah pada 31 Mac 2016 iaitu program ceramah dan pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Lipis.

Ceramah penyalahgunaan dadah dan kesan-kesannya. Semoga murid-murid mendapat banyak maklumat tentang bahaya dadah ini.

Murid-murid menyaksikan pameran anti dadah.

Guru-guru juga mengambil peluang menimba maklumat daripada pegawai-pegawai AADK.

Cikgu Aminuddin Yusof, GPK Hal Ehwal Murid menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada penceramah dari AADK Lipis.

TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat menjayakan Program Minggu Anti Dadah SK Pagar Sasak 2016.