Monday, April 13, 2015

Program Motivasi UPSR 2015

Pada 3 April yang lalu telah diadakan Program Motivasi UPSR 2015. Program ini turut melibatkan ibu bapa murid-murid Tahun 6.

Penceramah jemputan untuk program motivasi ini ialah Tuan Haji Hishamuddin bin Haji Abd Rahman, Ketua Unit Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.

Penyampaian tuan penceramah sangat menarik minat murid-murid. Bermula dengan cerita-cerita lucu, disulami dengan nyanyian-nyanyian yang menggembirakan semua orang, Tuan Haji Hisham membawa murid-murid menghayati erti kejayaan dan iltizam diri. Alhamdulillah, keinsafan yang terdetik dalam hati setiap murid-murid berjaya menitiskan airmata mereka. semoga ianya mampu menjadi pelonjak ke arah kecemerlangan yang kita semua harapkan.

Tuan Haji Hishamuddin sedang menandatangani buku pelawat.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Hishamuddin di atas kesudian hadir ke sekolah kami. Semoga dengan motivasi yang disuntik oleh tuan haji itu, murid-murid Tahun 6 SK Pagar Sasak akan lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan.

Saturday, April 11, 2015

Perkhemahan Puteri Islam 2015

Pada 8 hingga 10 April baru-baru ini, seramai 18 orang murid SK Pagar Sasak terlibat dalam Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Negeri (Zon Pahang Barat) 2015.

Perkhemahan tiga hari dua malam ini diadakan di SK Relong.

Cikgu Mohd Nazir dan En. Wan Kama sedang membantu menyiapkan gajet.

Pemandangan yang cantik kawasan perkhemahan saat mentari kian terbenam.

Aktiviti mendaki Gua Bama...gembira semua.

Majlis penutupan diadakan di Dewan Kampung Relong.

Majlis Penutupan Rasmi disempurnakan oleh Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku.

PENGHARGAAN

Tahniah kepada Faiz kerana berjaya mendapat tempat pertama acara lompat jauh Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Lipis.

Tahniah kepada Hazziq di atas kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Bercerita  Peringkat Daerah.


Friday, April 3, 2015

Bengkel Pertolongan Cemas

Pada petang 25 Mac baru-baru ini, SK Pagar Sasak telah menganjurkan Bengkel Pertolongan Cemas sebagai salah satu aktiviti bagi mengisi program kokurikulum tahun 2015.

Bengkel ini dikendalikan oleh En. Mohd Firdaus bin Mat Nawi, Penolong Pegawai Perubatan dan Cik Siti Amirah binti Abd Main, Jururawat Terlatih Klinik 1Malaysia.

En. Mohd Firdaus sedang menunjukkan cara-cara mengikat kain anduh.

Cik Siti Amirah sedang memerhatikan ahli-ahli unit beruniform SK Pagar Sasak membuat latihan pertolongan cemas.

En. Mohd Firdaus sedang menunjukcara bagaimana memulihkan pernafasan dan denyut nadi seseorang.

Guru-guru juga mengambil peluang melakukan praktikal mengikat kain anduh.

Guru Besar SK Pagar Sasak, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada En. Mohd Firdaus.

Semoga kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis ini akan berpanjangan sehingga ke tahun-tahun akan datang.