Sunday, December 4, 2016

Hari Terakhir Sesi Persekolahan 2016

25 November adalah hari terakhir sesi persekolahan 2016. Sekolah akan dibuka semula pada 3 Januari nanti untuk sesi persekolahan 2017.

Semua murid bersalam dengan tuan Guru Besar dan guru-guru.

Selamat bercuti anak-anak Pasak. Jangan lupa datang semula ke sekolah untuk sesi persekolahan 2017.

Jaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang cuti ini.

Guru-guru, AKP serta pekerja swasta turut bersalaman sebelum guru-guru bercuti panjang.

Majlis Perpisahan Murid-Murid Tahun 6

Pada 24 November yang lalu telah diadakan majlis khas bagi meraikan murid-murid Tahun 6 yang akan melangkah kaki ke sekolah menengah.

Bacaan doa bagi merahmati majlis.

Pn. Norhayati bin Mohd Said, GPK 1 menyampaikan ucapan terakhir kepada murid-murid Tahun 6 bagi mewakili tuan Guru Besar.

Mohd Haziq bin Baharudin selaku ketua murid menyampaiksn ucapan bagi mewakili murid-murid Tahun 6.

Murid-murid Tahun 6 menyampaikan cenderamata kepada pihak sekolah yang berupa dapur dan kuali. Bolehlah digunakan untuk program perkhenahan nanti.

Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Gotong Royong Basmi Aedes Peringkat Sekolah

Berkumpul untuk mendengar taklimat sebelum memulakan program gotong-royong.

Menjadi tanggungjawab seluruh warga sekolah bagi memastikan persekitaran sekolah bebas aedes.

Longkang-longkang perlu dibersihkan.

Memastikan tiada air bertakung untuk mengelakkan nyamuk aedes bertelur.

Semoga program gotong-royong ini dapat menjadikan persekitaran sekolah bebas aedes.

Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah 2016

Ketibaan perasmi, En. Abdul Aziz bin Abdullah, Pengetua SMK Padang Tengku disambut oleh tuan Guru Besar dan YDP PIBG.

Bacaan doa sebelum memulakan majlis.

Ucapan aluan tuan Guru Besar. Beliau mengupas pencapian UPSR 2016 dan pencapaian kurikulum SK Pagar Sasak.

Ucapan perasmian oleh En. Abdul Aziz bin Abdullah.

Graduasi Prasekolah.

Penyampaian cenderamata kepada En. Abdul Aziz bin Abdullah kerana sudi hadir merasmikan HAK&GP 2016.

Persembahan oleh murid-murid prasekolah.

Pn. Ezzati, wakil dari Empower Ecer diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya.

Persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 5.

Penyampaian hadiah oleh En. Baharudin bin Wahid, YDP PIBG SK Pagar Sasak.

Persembahan khas oleh murid-murid Tahun 6.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan hadiah kepada tokoh kurikulum, adik Mohd Haziq bin Baharudin. Haziq merupakan murid terbaik UPSR 2016 dengan mendapat 3A3B.

Terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah 2016 di atas usaha bersungguh-sungguh menjayakan program ini.

Program Pasca UPSR

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada 20 dan 21 September 2016. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program lawatan ini. Semoga lawatan ini memberi pengalaman serta pengetahuan baru kepada anak-anak Pasak yang menyertainya.

Perkhemahan Unit Beruniform SK Pagar Sasak 2016. Bermula hari ini dan akan berakhir pada hari Sabtu, 1 Oktober 2016. Seramai 70 orang murid Tahap 2 terlibat dalam perkhemahan ini. Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus memastikan program ini berjalan lancar.

Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Unit Beruniform SK Pagar Sasak 2016. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi, Kem Komandan serta semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program perkhemahan ini. Terima kasih juga kepada AKP, pekerja swasta dan belia Kampung Sentang yang turut terlibat menghulurkan bantuan.

Program pasca UPSR, terima kasih kepada En. Zainal Abidin bin Ahmad, Guru Disiplin SMK Padang Tengku kerana sudi hadir untuk memberi taklimat berkaitan persediaan-persediaan ke sekolah menengah kepada murid-murid serta ibu bapa Tahun 6. Semoga dengan adanya taklimat ini, urusan persekolahan anak-anak Tahun 6 di sekolah menengah nanti berjalan lancar.

Sambutan Hari Sukan Negara 2016 peringkat Mukim Kechau. Tahniah kepada Tn. Haji Abdul Syukur bin Jamaludin, Penghulu Mukim Kechau, Pengerusi-Pengerusi JKKK, ahli-ahli Jawatankuasa dan team Kospen yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Terima kasih kepada guru-guru dan staf SKPS yang terlibat sebagai urusetia program ini.

Program motivasi untuk murid-murid Tahun 6 yang akan melangkah kaki ke sekolah menengah. Program yang ditaja oleh Empower Ecer ini menampilkan penceramah hebat En. Shamsi bin Shamsuddin dari Intelligent Mission Consultancy. Semoga program ini dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan murid-murid Tahun 6 tentang cabaran yang akan mereka hadapi di masa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program ini.

Program Pasca UPSR...lawatan ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary dan Deerland Park. Terima kasih kepada guru-guru yang menjayakan program ini.

Majlis Penyampaian Slip Keputusan UPSR pada 17 November 2016.

KEPUTUSAN UPSR 2016

Mata Pelajaran
Bil Calon
Bilangan
Jum Lulus
% Lulus
GPMP
A
B
C
D
E
BM (K)
22
5
7
6
3
1
21
95.45
2.45
BM (P)
22
1
3
6
7
5
17
77.27
3.55
BI (K)
22
1
4
4
8
5
17
77.27
3.55
BI (P)
22
1
4
5
5
7
15
68.18
3.59
MAT
22
1
5
12
4
0
22
100
3.82
SAINS
22
1
1
4
11
5
17
77.27
2.86

Lulus Semua Mata Pelajaran (LSMP) : 14 orang (63.64%)

Gred Purata Sekolah (GPS) : 3.30


Hari Konsultasi Bersama Ibu Bapa dan Penjaga Kali Ke-2 pada 18 November 2016. Penyampaian laporan pencapaian murid untuk penilaian akhir tahun dan pentaksiran sekolah untuk tahun 2016. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir bagi membincangkan prestasi anak masing-masing.

Tuesday, August 30, 2016

Di ambang UPSR 2016

Program Solat Hajat Perdana di Masjid Kampung Sentang. Terima kasih kepada semua ibu bapa kerana sudi hadir.

Program riadah minda anak-anak Tahun 6 ke Muzium Kuala Lipis dan menjamu selera di Restoran KFC.

Majlis Restu Ilmu. Terima kasih kepada En. Baharudin bin Wahid, YDP PIBG kerana sudi hadir bagi menyampaikan kata-kata nasihat kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 5 September nanti.

Majlis penyampaian alatulis untuk murid-murid Tahun 6 sumbangan Empower Ecer pada 29 Ogos 2016. Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku.

Kem Bestari Solat pada hari Sabtu 27 Ogos 2016.

Kunjungan dua orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Lipis iaitu Ustaz Halim bin Ismail, Penolong PPD J-Qaf dan Encik Ajmad Rosli bin Ismail, Penyelia Kanan Sekolah Rendah ke SK Pagar Sasak untuk Program Cakna UPSR.

Pada 22 dan 23 Ogos 2016, SK Pagar Sasak menjadi tuan rumah untuk Bengkel Kecemerlangan UPSR anjuran Yayasan Pendidikan Mara. Bengkel ini disertai oleh 11 buah sekolah dengan jumlah peserta seramai 68 orang.

Dua orang staf SK Pagar Sasak telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015. Mereka ialah Cikgu Rozaimah Enche Mat dan En. Wan Kamarul Mazlan Wan Yaakob. Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh YH Dato' Pengarah Prndidikan Pahang di Dewan UMNO Lipis.

Penyampaian hadiah galakan kepada murid-murid Tahun 6 yang telah menunjukkan peningkatan dalam ujian percubaan UPSR 2016. Tahniah kepada Haziq, Nisa, Nadiah, Akmal, Hanis dan Masyitah.

Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam program Nilam dan bacaan pagi. Semoga pemberian hadiah ini dapat menjadi pendorong agar murid-murid meningkatkan jumlah bacaan mereka.

Seramai 5 orang murid Tahun 3 menyertai Bengkel Seribu Langkah Linus 2.0 di SK Relong.

Projek keceriaan membina pasu bunga. Terima kasih kepada En. Wan Mazlan dan Cikgu Aminuddin serta semua yang mrmberi pertolongan untuk menyiapkan projek ini.

Friday, July 22, 2016

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Mukim Kechau dan SK Pagar Sasak 2016

SK Pagar Sasak bersama Mukim Kechau telah menganjurkan sambutan hari raya pada 22 Julai 2016.

Terima kasih kepada YB Dato' Haji Abdul Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis kerana sudi hadir.

YB Dato' Mustafa Long, ADUN Psdang Tengku sedang menikmati juadah hari raya.

Tuan KPPD Lipis, En. Nor Ahmad bin Abd Rahim turut juga hadir.

Pengerusi bersama Program Sambutan Hari Raya Mukim Kechau dan SK Pagar Sasak, Tn. Haji Abdul Shukur bin Jamaludin, Penghulu Mukim Kechau dan En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak.

Tuan Guru Besar sedang melayan rakan-rakan yang dapat hadir.

Menu bagi jamuan ini sebahagiannya disumbang oleh JKKK di Mukim Kechau ini.

Sebahagian tetamu VIP yang hadir.

Guru-guru Kafa turut terlibat membantu di kiosk-kiosk makanan.

Berbaris untuk mengambil ais cream

Guru-guru mengambil kesempatan bergambar dengan mantan Guru Besar, Tuan Haji Ishsk Mohamad.

Terima kasih kepada semua JKKK Mukim Kechau yang mengambil bahagian dalam majlis ini.

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri"