Monday, May 30, 2016

Kem Kecemerlangan UPSR Jeram Bechung

Seramai 22 orang murid Tahun 6 SK Pagar Sasak terlibat dengan Kem Kecemerlangan UPSR anjuran Empower-ECER di Jeram Bechung, Kuala Medang.

Kem ini melibatkan murid-murid Tahun 6 dari empat buah sekolah iaitu SK Pagar Sasak, SK Mela, SK Kemahang dan SK Tanjung Besar.

Selain aktiviti berkaitan akademik, turut juga diadakan aktiviti riadah di sebelah petang.

Sedap tidur tu...mungkin keletihan setelah seharian terlibat dengan kem.

Majlis penutup kem disempurnakan oleh En. Afizal bin Ahmad Pahmin, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Lipis.

Terima kasih kepada Ustaz Sahar, Cikgu Jefree dan Cikgu Amin kerana menguruskan pengangkutan pergi balik murid-murid ke Jeram Bechung.
Terima kasih kepada Empower-ECER di atas penganjuran kem ini.

Sunday, May 29, 2016

Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan 2016

Pada 27 Mei yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan 2016. 
Gambar : Ibu bapa sedang menulis buku pendaftaran kehadiran.

Tuan Guru Besar dan YDP PIBG menyambut ketibaan penceramah, Tn. Haji Abu Talib bin Ab Ghani. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah Pengetua SMK Setiawangsa.

Antara program-program yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan nanti ialah program bacaan al-Quran, sembahyang zohor berjamaah, tazkirah Ramadhan, kuiz dan majlis khatam Quran.

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Gimik Perasmian

Semoga program-program yang akan dilaksanakan sepanjang Ramadhan ini, mampu meninggalkan kesan terbaik ke arah membina sahsiah terpuji dalam diri anak-anak Pasak.

Tuan Haji Abu Talib bin Ab Ghani sedang menyampaikan ceramah di ambang Ramadhan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Saturday, May 21, 2016

Kem Kecemerlangan Bahasa Inggeris Penulisan

Pada 20 dan 21 Mei baru-baru ini telah berlangsung Kem Kecemerlangan Bahasa Inggeris Penulisan di SK Batu Yon.

Program ini disertai oleh 50 orang murid Tahun 6 iaitu 13 orang dari SK Batu Yon sendiri, 11 orang dari SK Pagar Sasak, 17orang dari SK Relong dan 9 orang dari SK Kechur Tui.

Program ini adalah sebahagian daripada Projek 5P (Projek Pengupayaan Pemimpin Pendidikan Pahang) kumpulan UPSR LIPIS 7.

Seramai 8 orang guru Bahasa Inggeris daripada sekolah-sekolah Kumpulan Lipis 7 terlibat sepanjang kem ini.

Guru Besar- Guru Besar turut hadir memberi sokongan agar program ini berjalan dengan lancar.

Semoga kem 2 hari 1 malam ini memberi impak yang besar kepada keupayaan murid-murid untuk meningkatkan pencapaian masing-masing.

Bahasa Inggeris Penulisan adalah subjek baru yang dimasukkan dalam peperiksaan UPSR. Diharapkan dengan usaha yang diambil ini, murid-murid dapat menghadapi peperiksaan BI Penulisan ini dengan jayanya.

Guru Besar SK Pagar Sasak, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid mewakili Guru Besar - Guru Besar lain menyampaikan cenderamata kepada guru-guru yang terlibat. Terima kasih cikgu.

Sambutan Hari Guru 2016

Selamat Hari Guru 2016
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada 16 Mei (Isnin). Guru-guru berkumpul untuk mendengar penerangan serta amanat Guru Besar.

Semua guru dan murid berkumpul di lokasi sukaneka rakyat untuk acara pertama iaitu bowling kelapa. Guru-guru dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan GB, Kumpulan GPK Pentadbiran, Kumpulan GPK Hem dan Kumpulan GPK Kokurikulum.

Cikgu Norhayati, GPK Pentadbiran sedang membuat lontaran.

Nampak senang tapi susah juga nak kena rupanya.

Acara kedua ialah pertandingan mengupas kelapa.

Acara mengupas kelapa telah diungguli oleh Kumpulan GPK Hem yang disertai oleh Cikgu Jefree.

Acara seterusnya ialah pertandingan membelah kelapa. Pertandingan ini dikhususkan kepada guru-guru wanita sahaja. Pemenang dikira pada belahan yang tepat dan cantik.

Ini acara yang paling menarik. Acara mengukur kelapa. Kekok gayanya masing-masing...sebab tak biasa atau dah lama tak pernah buat.

Macam mana Ustazah Haryani, boleh ke tu?

Haha...Ustaz Sahar dah macam menunggang kuda gayanya. Ramai yang menyokong ustaz tu.

Selepas mengukur, tibalah acara terakhir dalam sukaneka rakyat ini iaitu pertandingan memerah kelapa.

Santan terbanyak akan dikira pemenang.

Selesai acara sukan rakyat, program Sambutan Hari Guru bersambung di dalam dewan pula. Tuan Guru Besar sedang membaca Perutusan Menteri Pendidikan sempena Hari Guru.

Persembahan murid-murid prasekolah.

Persembahan nyanyian murid-murid Tahun 6.

Persembahan guru mengikut kumpulan.

Teacher Kartina membuat persembahan solo mewakili Kumpulan GPK Hem.

Cikgu Jefree membuat persembahan bersama anakandanya.

Tarian 'chicken dance' dari Kumpulan GB.

Acara memotong kek Hari Guru. Terima kasih kepada Empower di atas sumbangan kek.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sukan rakyat dan persembahan.

Cikgu Malik mewakili Kumpulan GB menerima hadiah tempat kedua untuk persembahan.

Terima kasih kepada AJK Sambutan Hari Guru 2016 SK Pagar Sasak.



Program Kecemerlangan UPSR DUN Padang Tengku

Pada 14 Mei 2016 telah diadakan Program Kecemerlangan UPSR DUN Padang Tengku.

Program inisiatif YB Dato' Mustapha Long, ADUN Padang Tengku ini telah diadakan di Dewan Wacana Minda A, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Seramai 4 orang murid SK Pagar Sasak terpilih untuk menyertai program ini.

Tuan Guru Besar SK Pagar Sasak turut hadir di majlis penutup program ini.

Majlis penutupan disempurnakan oleh YB Dato' Mustapha Long sendiri. Beliau mengambil kesempatan memberi ceramah motivasi kepada murid-murid serta ibu bapa masing-masing. Terima kasih YB Dato'.

Saturday, May 7, 2016

Sambutan Israk Mi'raj

Pada hari Jumaat 6 Mei yang lalu, Panitia Pendidikan Islam SK Pagar Sasak telah menganjurkan Sambutan Israk Mi'raj.

Penceramah jemputan bagi program sambutan ini ialah Tuan Haji Aripin bin Bakar, mantan Guru Pendidikan Islam SK Tempoyang.

Pengacara majlis bagi program ini ialah cikgu Jefree bin Hashim. Sebelum Tuan Haji Aripin menyampaikan ceramah beliau, tuan Guru Besar SK Pagar Sasak, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid telah dijemput untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Tuan Guru Besar sedang.menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Aripin sebagai tanda terima kasih kerana sudi hadir untuk berkongsi ilmu dengan warga Pasak.

Selain mendengar ceramah, program lain yang diadakan sempena sambutan Israk Mi'raj ini ialah bengkel menyusun ayat-ayat bacaan dalam sembahyang. Bengkel yang diadakan secara berkumpulan ini, diterajui oleh seorang guru sebagai fasilitator.

Selesai berbengkel, setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbengkelan mereka itu.