Profil Sekolah

MAKLUMAT ASAS

Jabatan Pendidikan Negeri
PAHANG
Pejabat Pendidikan Daerah
PPD LIPIS
Kod PKG
PKG PADANG TENGKU
Kerajaan Tempatan
MAJLIS DAERAH LIPIS
Daerah Pentadbiran
KUALA LIPIS
Kawasan Parlimen
LIPIS
Dewan Undangan Negeri
PADANG TENGKU
Bandar / Pekan Terhampir
KUALA LIPIS / PADANG TENGKU
Mukim
KECHAU
Alamat
KAMPUNG PAGAR SASAK
Lokasi Semasa
LUAR BANDAR
Gred Sekolah
A
Keluasan Tanah
9 EKAR

PENYATA PERJAWATAN GURU (2016)


BIL
GELARAN JAWATAN / GRED
JUMLAH
1
Guru Besar Hakiki Gred DG34
1
2
Guru Penolong Pentadbiran Hakiki Gred DG32
1
3
Guru Penolong Kanan HEM Hakiki Gred DG32
1
4
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Hakiki Gred DG32
1
5
Guru Penyelaras Bestari Gred DG41/42
1
6
Guru Perpustakaan dan Media Gred DG41/42
1
7
Guru Data Gred DG41/42
1
8
Guru Akademik Hakiki Gred DG41/42
4
9
Guru Akademik Hakiki Gred DG29
3
10
Guru Pemulihan Hakiki Gred DG41/42
1
11
Guru Prasekolah Hakiki Gred DG41/42
1
12
Guru Pendidikan Islam Hakiki Gred DG41/42
3
JUMLAH
19

JAWATAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (2016)


BIL
GELARAN JAWATAN / GRED
JUMLAH
1
Pembantu Pengurusan Murid Gred N17/22 (Prasekolah)
1
2
Pembantu Operasi Gred N11/14 (Pejabat)
1
3
Pembantu Awam Gred H11/14 (Pejabat)
1
4
Juruteknik Komputer Gred FT17/22
1
5
Pembantu Tadbir Gred N17/22
1
JUMLAH
5

ENROLMEN MURID (2015)


VISI
Pasak Trampil Cemerlang Di Daerah Lipis
.
Pasak
Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak
Trampil
Muncul
Cemerlang
Cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

MISI
Kami warga Pasak berazam, membentuk warga cemerlang dan seimbang berlandaskan pengurusan dan kepimpinan berkesan, amalan budaya ilmu, penyayang dan bertanggungjawab, serta peka bagi merealisasikan hasrat negara.

Warga Pasak
Guru, Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) dan murid SK Pagar Sasak
Berazam
Bertekad bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu
Cemerlang
Sesuatu yang berkualiti tinggi
Seimbang
Pemberatan yang sama antara kejayaan jasmani, emosi, rohani dan sahsiah
Berlandaskan
Berpaksikan kepada amalan terbaik dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab
Pengurusan Berkesan
Pengurusan yang mampu menggerakkan organisasi dengan sistematik dan mencapai matlamat
Budaya Ilmu
Usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menambah dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi.
Penyayang
Tingkahlaku bagi menggambarkan kasih sayang kepada murid-murid dan sahabat kerja.
Peka
Sensitif dan sentiasa ambil tahu kehendak pembina dasar

NILAI

c
Integriti
Warga Pasak menjadikan kejujuran dan ketelusan sebagai pegangan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
Kecemerlangan
Warga Pasak sentiasa memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah bermutu dan berimpak tinggi.
Muafakat
Warga Pasak bergerak sebagai suatu pasukan dalam memacu kecemerlangan sekolah.
Efisien
Warga Pasak sentiasa cekap dalam melaksanakan tugasan masing-masing dengan meminimakan kegagalan serta kerugian.
Proaktif & inovatif
Warga Pasak sentiasa bersikap positif dengan merangka dan melaksanakan sesuatu tugasan serta mementingkan idea-idea baru yang boleh diketengahkan.
Komited
Warga Pasak sentiasa mempamerkan kesungguhan dalam melaksanakan tugas dan peranan yang telah dipertanggungjawab kepada mereka.


PIAGAM PELANGGAN
o
Meningkatkan kualiti dan kuantiti kecemerlangan pendidikan.
Mewujudkan konsep permuafakatan melalui interaksi positif.
Melahirkan dan mengamalkan budaya ilmu dalam kalangan warga sekolah seiring dengan era globalisasi.
Melaksanakan budaya kerja yang telus dan profesional.
Membudayakan masyarakat penyayang.
Membentuk dan memimpin murid ke arah peribadi insan cemerlang.
Menyediakan iklim sekolah yang kondusif dan ceria.
Menghormati dan mendahulukan tetamu yang hadir ke sekolah dengan memastikan keselesaan dan urusan mereka berjalan lancar.

MATLAMAT STRATEGIK
.
Semua murid mencapai prestasi akademik yang tinggi.
Semua murid mencapai prestasi sukan dan kokurikulum yang tinggi.
Semua murid memiliki sahsiah terpuji.
Mencapai mutu pengurusan dan kepimpinan yang cemerlang.

OBJEKTIF
.
Melahirkan warga sekolah yang mengamalkan budaya ilmu, budaya penyayang dan budaya kerja gemilang.
Pembinaan sahsiah terpuji dan bertanggungjawab.
Membentuk warga yang mengamalkan nilai murni serta bersikap positif.
Meningkatkan kualiti pendidikan untuk mencapai kegemilangan kurikulum, kokurikulum dan bina insan.
Mewujudkan perkhidmatan yang efisien dan mesra pelanggan.
Membentuk fizikal dan iklim sekolah yang kondusif, ceria dan milik bersama.
Mewujudkan hubungan mesra dan toleransi dengan organisasi dan komuniti setempat.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sejarah Sekolah


Sekolah ini telah dibina pada tahun 1918. Pengasas sekolah ini ialah Md Yunus bin Uda Deman, iaitu Penghulu Mukim Kechau pada masa itu. Sekolah ini bermula sebagai sekolah rakyat. Walau bagaimana pun, sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan pada tahun 1948. Guru Besar pertama yang dilantik selepas diambilalih oleh kerajaan ialah Encik Husin bin Bakar.
Pada asalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada sebuah bangunan sahaja. Bangunan lama sekolah ini telah dinaiktaraf dan dijadikan kelas prasekolah pada masa sekarang. Kemudian, bangunan tambahan telah dibina, yang kemudiannya menjadi bangunan utama. Bangunan ini sekarang menempatkan Dewan Pasak Bicara, Bilik J-Qaf dan Pusat Akses.
Pada tahun 2003, sebuah bangunan baru empat tingkat telah siap dibina dan diduduki. Di sini terletaknya pejabat pentadbiran, bilik guru, pusat sumber, bilik darjah serta pelbagai kemudahan lain yang lebih baik dan lengkap.

Lencana Sekolah
.

Biru
Perpaduan warga SK Pagar Sasak dan masyarakat
Kuning
Warna tema sekolah
Hitam & Putih
Melambangkan bendera negeri Pahang
Lima Gelung
Hubungan yang erat warga SK Pagar Sasak
Obor
Semangat berjuang mendapatkan ilmu pengetahuan
Roda Gear dan Jangka
Perjalanan dan liku dalam perjuangan
Buku
Perkembangan ilmu pengetahuan

Lagu Sekolah
.

Inilah sekolahku yang tercinta
SK Pagar Sasak
Menuju cita-cita
Berbakti kepada negara
Untuk Malaysia Jaya

Ikrar kami menjadi insan berguna
Pelihara nilai murni
Pada guru kami semua
Mendidik dengan setia
Tekun dan berusaha
Cekal tabah berbudi
Pada yang Maha Kuasa
Doa kami untuk berjaya

(ulang rangkap 1 dan 2)


Senarai Nama Guru Besar
.

En. Husin bin Bakar (01/09/1948 – 01/11/1952)
En. Razali bin Ishak (02/11/1952 – 31/5/1957)
En Ahmad bin Mahadi (01/06/1954 – 29/06/1957)
En. Abdul Ghani bin Ali (30/06/1957 – 01/09/1958)
En. Abd Hamid bin Wan Idris (04/09/1958 – 14/01/1960)
En. Mustafa bin Samad (14/01/1960 – 01/12/1960)
En. Ali bin Salim (02/01/1961 – 31/01/1963)
En. Othman bin Hj Mohamad (01/02/1963 – 31/12/1964)
En. W.Badruzaman b. W.Ahmad (01/01/1965 – 01/12/1967)
En. Husin bin Bakar (01/01/1968 – 01/12/1972)
En. Baharudin bin Petah (01/01/1973 – 31/03/1987)
En. Abdul Aziz bin Abdul Wahab (01/04/1987 – 31/12/1987)
En. Zainal Abidin bin Hj. Ismail (01/01/1988 – 15/05/1994)
En. Zakaria bin Uteh (15/05/1994 – 16/04/1997)
En. Mustafa Kamal bin Zakaria (17/04/1997 – 16/07/2001)
En. Azmi bin Haji Yunus (16/07/2001 – 15/06/2008)
En. Ishak bin Mohamad (16/06/2008 – 01/11/2014)
En. Mohd Fazli bin Abd Hamid (16/11/2014 – Sekarang)

Kemudahan Fizikal
.
Bilik Darjah (6 buah)
Bilik Simpanan Buku Teks
Bilik Prasekolah (ubahsuai)
Bilik J-Qaf
Bilik Pemulihan
Bilik Mesyuarat
Makmal Komputer
Bilik Stor Sukan
Pusat Akses
Bilik Cetak
Pusat Sumber
Bilik Rawatan
Bilik Solat
Dewan Sekolah (Ubahsuai b/darjah)
Bilik Wuduk
Pondok Pengawal
Bengkel KH
Bilik Pejabat Am
Bilik Muzik
Pejabat GB & GPK
Bilik Sains
Bilik Guru
Kedai Buku
Bilik Siar Raya
Bilik Bimbingan Kaunseling




2 comments: