Friday, January 30, 2015

SK Pagar Sasak : Perjumpaan ibu bapa murid Tahun 6

Pada 27 Januari 2015 SKPS telah menganjurkan Program Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga Murid-Murid Tahun 6.

Ibu bapa yang hadir mendaftar sebelum memasuki dewan. Alhamdulillah, hampir 90% ibu bapa hadir.

Ibu bapa / penjaga duduk bersama anak masing-masing.

Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah untuk menerangkan program-program kecemerlangan UPSR yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan kerjasama antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Usaha untuk menjayakan anak-anak murid bukan terpikul di atas bahu pihak sekolah semata-mata tetapi turut menagih penglibatan ibu bapa. Sokongan dan perhatian ibu bapa terhadap perkembangan pendidikan anak-anak sangat-sangat diharapkan.

Penerangan Program Kecemerlangan UPSR 2015 oleh Guru Besar. Sumbangan kewangan daripada ibu bapa diperlukan bagi menyokong program-program yang akan dilaksanakan nanti.

Murid-murid melafazkan ikrar "akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita murni mereka". Insyaallah...apa yang kita hasratkan akan tercapai, asalkan kita sentiasa berusaha.

Ibu bapa menyemat lencana " Kami Yakin Boleh" di baju anak-anak.

Acara ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan keazaman yang tinggi di dalam diri setiap murid-murid Tahun 6 SKPS.

Simbolik kepada ikrar pelajar untuk mencapai kecemerlangan ialah menandatangani banner "Kami Yakin Boleh" yang memaparkan gambar semua calon UPSR 2015.

Banner ini akan digantung sehinggalah hari peperiksaan UPSR nanti.

Penetapan target murid.

Diharapkan murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target yang telah ditetapkan setelah berbincang dengan ibu bapa masing-masing.

Anak-anak PASAK...semoga kalian mampu mencipta sejarah pada tahun ini. Tiada yang mustahil dalam mengejar kejayaan.

Tuesday, January 27, 2015

SK Pagar Sasak tuan rumah bola baling Zon Padang Tengku

Pada 27 Januari 2015, SK Padang Sasak telah menjadi tuan rumah pertandingan bola baling lelaki peringkat Zon Padang Tengku.

Sebanyak 6 pasukan mengambil bahagian. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah SK Kechau Tui, SK Padang Tengku, SK Merapoh, SK Teluk Gunung, SK LKTP Kechau 1 dan SK Pagar Sasak sendiri.

Team SK Pagar Sasak, hanya mampu meraih tempat ke tiga.

Dua pasukan yang melangkah ke final, SK Teluk Gunung dan SK Kechau Tui.

Tahniah kepada SK Kechau Tui kerana berjaya menjadi johan dan tahniah juga kepada SK Teluk Gunung kerana berjaya menjadi naib johan.

Semoga perjuangan dapat diteruskan di peringkat daerah nanti.

Monday, January 26, 2015

Sambutan Maulidur Rasul 2015

Jumaat, 23 Januari telah berlangsung Program Sambutan Maulidur Rasul 2015 di Dewan Pasak Bicara SKPS.

Program ini diadakan secara sederhana sahaja. Ceramah bertajuk 'Cintai Rasul' yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sahar bin Idris dan selawat beramai-ramai.

Semoga program ini mampu menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam setiap jiwa anak-anak di SKPS ini.

Terima kasih kepada Ustaz Mohd Sahar di atas penyampaian ceramah yang berjaya menarik minat murid-murid. Bukan senang anak-anak kecil ini untuk duduk diam mendengar ceramah selama hampir satu jam.

Tugas kita di sekolah, bukan sekadar mengajar tetapi juga mendidik. Setiap jiwa muda yang dipertanggungjawabkan kepada kita ini perlu diisi dengan roh keislaman. Insyaallah, selagi mampu...fungsi sekolah sebagai institusi pendidikan akan kita gerakkan.

Friday, January 23, 2015

Meraikan pertukaran Tuan Haji Ishak dan Encik Zamree

Salam untuk semua,

Pada 21 Januari baru-baru ini, telah diadakan majlis meraikan mantan Guru Besar dan guru pemulihan yang telah bertukar ke sekolah lain. Tuan Haji Ishak bin Mohamad telah bertukar ke SK Relong dan Encik Zamree bin Mohd Noor telah bertukar ke SK Betau.

sk pagar sasak
Murid-murid SKPS berbaris sepanjang jalan ke Dewan Pasak Bicara untuk menyambut kehadiran Tuan Haji Ishak dan Cikgu Zamree.

sk pagar sasak
Dah sampai pun dua orang tetamu yang diraikan ini.

sk pagar sasak
 Bunga manggar serta paluan kompang mengiringi kedua-dua tetamu ini ke dewan acara.

sk pagar sasak
Turut dijemput bagi meraikan majlis pertukaran ini ialah Penghulu, Ketua-Ketua Kampung, Pegawai Pondok Polis Pagar Sasak dan Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG. Majlis ini juga memberi peluang kepada GB baharu untuk berkenal-kenalan dengan pemimpin setempat.

sk pagar sasak
Terima kasih Tok Penghulu Mukim Kechau, Encik Azhar serta barisan kepimpinan kampung yang sudi hadir memeriahkan majlis ini.

sk pagar sasak
Encik Zamree menyampaikan ucapan perpisahan beliau kepada rakan-rakan guru serta anak-anak murid.

sk pagar sasak
Enam tahun setengah bertugas sebagai Guru Besar di SKPS sudah tentu banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Tuan Haji Ishak. Semoga kecemerlangan dapat diteruskan di sekolah baharu nanti.

sk pagar sasak
Ucapan penghargaan oleh GB baharu kepada kedua-dua insan ini.

sk pagar sasak
Hadiah kenang-kenangan kepada Tuan Haji Ishak.

sk pagar sasak
Semoga Cikgu Zamree masih sedia memberi bantuan dan buah fikiran bagi menjayakan beberapa program yang telah beliau rancangkan untuk SKPS.

sk pagar sasak
Kesedihan adalah adat perpisahan. Terutama bagi insan yang banyak berjasa.

sk pagar sasak
Murid-murid mengambil kesempatan bersalaman dengan kedua-dua insan yang diraikan ini untuk kali terakhir.

sk pagar sasak
Memori bersama...semoga persahabatan akan terus kekal selamanya.

sk pagar sasak
Menikmati juadah makan tengah hari.

sk pagar sasak
SKPS sudah pasti akan terasa kehilangan kedua-dua insan ini. Namun, demi kerjaya masa depan mereka kita perlu merelakan perpisahan ini. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti.

Thursday, January 22, 2015

Program Merentas Desa 2015

Salam untuk semua,

sk pagar sasak
Pada 21 Januari yang lalu telah berlangsung Program Merentas Desa SK Pagar Sasak 2015.

sk pagar sasak
Sebelum berlari perlulah streching dulu.

sk pagar sasak
Semua murid dikehendaki mengambil bahagian dalam acara ini. Setidak-tidaknya dapat menyahut kempen 1Murid 1Sukan yang disarankan oleh KPM.

sk pagar sasak
Tak sabar-sabar nak memecut tu. Dia orang ingat acara 100 meter agaknya.

sk pagar sasak
Ni baru betul merentas desa...habis kebun kelapa sawit dia orang redah.

sk pagar sasak
Menanti peserta sampai di garisan penamat.

sk pagar sasak
Laju juga dia orang ni lari...tak sampai setengah jam dah sampai.

sk pagar sasak
Pencatat markah

sk pagar sasak
Penat betul gayanya...tak cukup air sebekas tu.

Hadiah kepada yang berjaya.

sk pagar sasak
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh tuan Guru Besar.

sk pagar sasak
Banyak murid kelas bawah je yang menang ni. Kecil-kecil cili padi.