Friday, June 24, 2016

Hari Konsultasi Akademik Bil. 1/2016

Pada 24 Jun 2016 (Jumaat) SK Pagar Sasak telah mengadakan 'Hari Konsultasi Akademik Bil. 1/2016

Semua ibu bapa serta penjaga murid Tahun 1 hingga 6 telah dijemput hadir. Perjumpaan dengan ibu bapa kali ini bertujuan membincangkan prestasi anak masing-masing dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan laporan prestasi keseluruhan peperiksaan pertengahan tahun 2016.

Selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar, ibu bapa diminta untuk pergi ke kelas anak masing-masing untuk bertemu dengan guru kelas bagi mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun.

Cikgu Fazilah, guru kelas Tahun 3 sedang berbincang dengan ibu bapa berkaitan prestasi anak-anak mereka.

Semoga dengan wujudnya perbincangan antara guru-guru dan ibu bapa, sebarang masalah pembelajaran yang mengganggu pencapaian murid-murid dapat diatasi.

Selain mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun, ibu bapa juga diminta untuk mendapatkan keputusan peperiksaan kelas Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) anak-anak mereka.

Program Iftar Jama'ie Kelab Staf Pasak

Kelab Staf Pasak telah menganjurkan Program Iftar Jama'ie pada 23 Jun yang lalu di Lipis De'Cafe Pahang Club.

Alhamdulillah, ramai juga kalangan guru-guru dan staf sokongan yang dapat hadir.

Cikgu Malik dan Cikgu Rozaimah dengan pasangan masing-masing serta anak-anak.

Cikgu Jefree dan Cikgu Fazilah bersama anak-anak menunggu masuk waktu berbuka.

Semoga program ini dapat meningkatkan lagi semangat ukhwah dalam kalangan warga Pasak.