Jumaat, 23 Januari telah berlangsung Program Sambutan Maulidur Rasul 2015 di Dewan Pasak Bicara SKPS.
Program ini diadakan secara sederhana sahaja. Ceramah bertajuk 'Cintai Rasul' yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sahar bin Idris dan selawat beramai-ramai.
Semoga program ini mampu menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam setiap jiwa anak-anak di SKPS ini.
Terima kasih kepada Ustaz Mohd Sahar di atas penyampaian ceramah yang berjaya menarik minat murid-murid. Bukan senang anak-anak kecil ini untuk duduk diam mendengar ceramah selama hampir satu jam.
Tugas kita di sekolah, bukan sekadar mengajar tetapi juga mendidik. Setiap jiwa muda yang dipertanggungjawabkan kepada kita ini perlu diisi dengan roh keislaman. Insyaallah, selagi mampu...fungsi sekolah sebagai institusi pendidikan akan kita gerakkan.
No comments:
Post a Comment