Saturday, July 25, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 & Riadah Minda Tahun Enam

Pada hari Sabtu baru-baru ini, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 dan Program Riadah Minda Tahun Enam.

Program ini diadakan untuk 'menyegar semula' minda murid-murid tahun enam sebelum mereka menduduki peperiksaan percubaan UPSR yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai ini.

Terus-terusan diasak dengan latihtubi menjawab soalan di dalam kelas menyebabkan murid-murid agak tertekan, tambahan pula akan berhadapan dengan peperiksaan percubaan. Oleh itu, diharapkan program yang dianjurkan ini dapat mengembalikan kesegaran serta ketahanan mental murid-murid.

Pada masa yang sama, guru-guru serta staf sekolah bergotong-royong menyediakan menu untuk jamuan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ini, sambutan hari raya Aidilfitri Peringkat Sekolah diadakan secara dalaman. Tiada jemputan luar, hanya melibatkan guru, staf serta murid-murid sahaja.

Walaupun dibuat secara dalaman sahaja, namun kemeriahan serta suasana hari raya tetap ada.

Sebelum menikmati jamuan hari raya, murid-murid serta guru-guru berkumpul di dalam dewan untuk mendengar ucapan Tuan Guru Besar serta majlis penyampaian hadiah program Riadah Minda Tahun Enam.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2015.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Program Riadah Minda Tahun Enam.

Selamat menjamu selera...

No comments:

Post a Comment