Sunday, December 4, 2016

Program Pasca UPSR

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada 20 dan 21 September 2016. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program lawatan ini. Semoga lawatan ini memberi pengalaman serta pengetahuan baru kepada anak-anak Pasak yang menyertainya.

Perkhemahan Unit Beruniform SK Pagar Sasak 2016. Bermula hari ini dan akan berakhir pada hari Sabtu, 1 Oktober 2016. Seramai 70 orang murid Tahap 2 terlibat dalam perkhemahan ini. Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus memastikan program ini berjalan lancar.

Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Unit Beruniform SK Pagar Sasak 2016. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi, Kem Komandan serta semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program perkhemahan ini. Terima kasih juga kepada AKP, pekerja swasta dan belia Kampung Sentang yang turut terlibat menghulurkan bantuan.

Program pasca UPSR, terima kasih kepada En. Zainal Abidin bin Ahmad, Guru Disiplin SMK Padang Tengku kerana sudi hadir untuk memberi taklimat berkaitan persediaan-persediaan ke sekolah menengah kepada murid-murid serta ibu bapa Tahun 6. Semoga dengan adanya taklimat ini, urusan persekolahan anak-anak Tahun 6 di sekolah menengah nanti berjalan lancar.

Sambutan Hari Sukan Negara 2016 peringkat Mukim Kechau. Tahniah kepada Tn. Haji Abdul Syukur bin Jamaludin, Penghulu Mukim Kechau, Pengerusi-Pengerusi JKKK, ahli-ahli Jawatankuasa dan team Kospen yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Terima kasih kepada guru-guru dan staf SKPS yang terlibat sebagai urusetia program ini.

Program motivasi untuk murid-murid Tahun 6 yang akan melangkah kaki ke sekolah menengah. Program yang ditaja oleh Empower Ecer ini menampilkan penceramah hebat En. Shamsi bin Shamsuddin dari Intelligent Mission Consultancy. Semoga program ini dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan murid-murid Tahun 6 tentang cabaran yang akan mereka hadapi di masa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program ini.

Program Pasca UPSR...lawatan ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary dan Deerland Park. Terima kasih kepada guru-guru yang menjayakan program ini.

Majlis Penyampaian Slip Keputusan UPSR pada 17 November 2016.

KEPUTUSAN UPSR 2016

Mata Pelajaran
Bil Calon
Bilangan
Jum Lulus
% Lulus
GPMP
A
B
C
D
E
BM (K)
22
5
7
6
3
1
21
95.45
2.45
BM (P)
22
1
3
6
7
5
17
77.27
3.55
BI (K)
22
1
4
4
8
5
17
77.27
3.55
BI (P)
22
1
4
5
5
7
15
68.18
3.59
MAT
22
1
5
12
4
0
22
100
3.82
SAINS
22
1
1
4
11
5
17
77.27
2.86

Lulus Semua Mata Pelajaran (LSMP) : 14 orang (63.64%)

Gred Purata Sekolah (GPS) : 3.30


Hari Konsultasi Bersama Ibu Bapa dan Penjaga Kali Ke-2 pada 18 November 2016. Penyampaian laporan pencapaian murid untuk penilaian akhir tahun dan pentaksiran sekolah untuk tahun 2016. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir bagi membincangkan prestasi anak masing-masing.

No comments:

Post a Comment