Pada 24 Februari 2016 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SK Pagar Sasak Kali Ke-37.
Gambar : Ibu bapa sedang mendaftar kehadiran.
Terima kasih kepada En. Azhar bin Ahmad, Pegawai Jasa Lipis kerana sudi hadir mewakili YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis bagi merasmikan mesyuarat ini.
En. Azhar sedang menyampaikan ucapan perasmian.
YDP PIBG SK Pagar Sasak, En. Baharudin bin Wahib sedang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada En. Azhar.
Sebahagian ibu bapa yang hadir. Terima kasih semua.
Mesyuarat gaya Parliament of the United Kingdom...tidak ada meja. Mesyuarat berlangsung dalam suasana muhibbah, banyak isu dapat diselesaikan dengan baik.
Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada yang bernasib baik.
"Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Pagar Sasak Kali Ke-37 ini. Semoga apa yang telah dibincang dan diputuskan dapat dilaksanakan dengan baik agar memberi manfaat kepada anak-anak kita. Sebarang kelemahan serta kekurangan di pihak sekolah, sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh ibu bapa, in shaa Allah akan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak sekolah. Harapan saya, PIBG menjadi wadah untuk pihak sekolah dan ibu bapa berkolaborasi demi menjana kecemerlangan sekolah. Kita tidak mencari salah sesiapa tetapi sentiasa memikirkan penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul. Dalam menguruskan organisasi penting ini, saya sangat mengharapkan pandangan serta buah fikiran daripada ibu bapa. Organisasi ini, bukan milik saya atau guru-guru tetapi milik kita semua."
Mohd Fazli bin Abd Hamid
Guru Besar SK Pagar Sasak
25 Februari 2016