Perjumpaan pertama dengan ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 diadakan pada 5 Februari 2016.
Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan taklimat berkaitan program-program kecemerlangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Murid-murid Tahun 6 sedang melafazkan ikrar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.
Tuan Guru Besar sedang berbincang dengan ibu bapa anak-anak angkat beliau iaitu Haziq dan Hakimie.
Setiap murid diberi seorang guru yang akan bertindak sebagai ibu atau ayah angkat mereka ketika berada di sekolah.
Peranan ibu dan ayah angkat ini ialah untuk memberi perhatian dan dorongan kepada anak-anak angkat masing-masing agar mereka sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi dalam ujian-ujian yang akan diadakan.
Semoga program-program yang akan dilaksanakan nanti memberi impak besar kepada peningkatan prestasi murid-murid.
No comments:
Post a Comment