Monday, April 25, 2016

Program Kecemerlangan Bahasa Melayu

Syukur...walaupun hari Ahad, namun murid-murid menunjukkan semangat jitu dalam menimba ilmu pengetahuan. Mereka hadir ke sekolah untuk mengikuti Program Kecemerlangan Bahasa Melayu untuk UPSR 2016.

Program ini diterajui oleh Cikgu Abdul Wahab bin Tan dari SK Tersang 1, Raub.

Terima kasih kepada Cikgu Wan Ida Rossana kerana turut mengikuti program ini bersama anak-anak murid demi memantapkan ilmu yang ada.

Semoga ilmu serta kemahiran yang disampaikan oleh penceramah dapat dikuasai oleh murid-murid dan boleh diaplikasikan dalam peperiksaan nanti.

Tuan Guru Besar sedang menemani murid-murid makan ketika waktu rehat. Kesempatan ini diambil oleh beliau untuk mendapat maklum balas daripada murid-murid tentang program tersebut. Alhamdulillah, murid-murid menunjukkan sikap positif terhadap program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah walaupun terpaksa mengorbankan masa cuti mereka.

No comments:

Post a Comment