Saturday, May 21, 2016

Sambutan Hari Guru 2016

Selamat Hari Guru 2016
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada 16 Mei (Isnin). Guru-guru berkumpul untuk mendengar penerangan serta amanat Guru Besar.

Semua guru dan murid berkumpul di lokasi sukaneka rakyat untuk acara pertama iaitu bowling kelapa. Guru-guru dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan GB, Kumpulan GPK Pentadbiran, Kumpulan GPK Hem dan Kumpulan GPK Kokurikulum.

Cikgu Norhayati, GPK Pentadbiran sedang membuat lontaran.

Nampak senang tapi susah juga nak kena rupanya.

Acara kedua ialah pertandingan mengupas kelapa.

Acara mengupas kelapa telah diungguli oleh Kumpulan GPK Hem yang disertai oleh Cikgu Jefree.

Acara seterusnya ialah pertandingan membelah kelapa. Pertandingan ini dikhususkan kepada guru-guru wanita sahaja. Pemenang dikira pada belahan yang tepat dan cantik.

Ini acara yang paling menarik. Acara mengukur kelapa. Kekok gayanya masing-masing...sebab tak biasa atau dah lama tak pernah buat.

Macam mana Ustazah Haryani, boleh ke tu?

Haha...Ustaz Sahar dah macam menunggang kuda gayanya. Ramai yang menyokong ustaz tu.

Selepas mengukur, tibalah acara terakhir dalam sukaneka rakyat ini iaitu pertandingan memerah kelapa.

Santan terbanyak akan dikira pemenang.

Selesai acara sukan rakyat, program Sambutan Hari Guru bersambung di dalam dewan pula. Tuan Guru Besar sedang membaca Perutusan Menteri Pendidikan sempena Hari Guru.

Persembahan murid-murid prasekolah.

Persembahan nyanyian murid-murid Tahun 6.

Persembahan guru mengikut kumpulan.

Teacher Kartina membuat persembahan solo mewakili Kumpulan GPK Hem.

Cikgu Jefree membuat persembahan bersama anakandanya.

Tarian 'chicken dance' dari Kumpulan GB.

Acara memotong kek Hari Guru. Terima kasih kepada Empower di atas sumbangan kek.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sukan rakyat dan persembahan.

Cikgu Malik mewakili Kumpulan GB menerima hadiah tempat kedua untuk persembahan.

Terima kasih kepada AJK Sambutan Hari Guru 2016 SK Pagar Sasak.



No comments:

Post a Comment