Pada 24 Jun 2016 (Jumaat) SK Pagar Sasak telah mengadakan 'Hari Konsultasi Akademik Bil. 1/2016
Semua ibu bapa serta penjaga murid Tahun 1 hingga 6 telah dijemput hadir. Perjumpaan dengan ibu bapa kali ini bertujuan membincangkan prestasi anak masing-masing dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.
Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan laporan prestasi keseluruhan peperiksaan pertengahan tahun 2016.
Selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar, ibu bapa diminta untuk pergi ke kelas anak masing-masing untuk bertemu dengan guru kelas bagi mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun.
Cikgu Fazilah, guru kelas Tahun 3 sedang berbincang dengan ibu bapa berkaitan prestasi anak-anak mereka.
Semoga dengan wujudnya perbincangan antara guru-guru dan ibu bapa, sebarang masalah pembelajaran yang mengganggu pencapaian murid-murid dapat diatasi.
Selain mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun, ibu bapa juga diminta untuk mendapatkan keputusan peperiksaan kelas Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment