Monday, March 30, 2015

Minggu Anti Dadah SK Pagar Sasak 2015

Bermula 23 hingga 27 Mac 2015 telah berlangsung program Minggu Anti Dadah di SK Pagar Sasak.

Majlis pelancaran diadakan pada 23 Mac 2015 dan disempurnakan oleh Pn. Norhayati binti Mohd Said, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Pn. Norhayati menyalakan api untuk membakar replika rokok dan dadah.

Pembakaran replika ini sebagai simbolik kepada iltizam tinggi warga sekolah untuk membenci penyalahgunaan dadah.

Antara acara yang diadakan sempena minggu anti dadah ini ialah pertandingan melukis poster, kuiz serta diklamasi sajak.

Poster-poster anti dadah yang dihasilkan oleh murid-murid.

Pada 27 Mac pula telah diadakan majlis penutupan Minggu Anti Dadah 2015.

Cikgu Lokman Hakim bin Abdullah sedang menyampaikan ceramah bertajuk 'Dadah Musuh Negara'.

Pertandingan mendiklamasi sajak.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan hadiah kepada semua pemenang pertandingan Minggu Anti Dadah 2015.

Penyampaian sijil penghargaan kepada Cikgu Lokman Hakim bin Abdullah.

"DADAH PEROSAK BANGSA"

Sunday, March 29, 2015

Karnival Linus 2.0 Peringkat Daerah Lipis 2015

Seramai 5 orang murid SK Pagar Sasak terlibat mengambil bahagian dalam Karnival Linus 2.0 Peringkat Daerah Lipis 2015.

Karnival ini diadakan pada 28 Mac 2015 di SK Wan Ibrahim.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna.

Sebahagian Guru Besar dan guru-guru yang hadir.

Karnival dirasmikan oleh Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.

Terima kasih kepada Cikgu Lokman Hakim bin Abdullah selaku Penyelaras Linus SKPS serta guru-guru yang turut serta dalam karnival ini.

Monday, March 16, 2015

Projek keceriaan sekolah

Menanam empat batang pokok Bucida Molineti berhampiran pintu masuk utama sekolah. 

Pokok ini dikatakan berasal dari Bahamas dan banyak dijumpai di kawasan tropika seperti Florida, Cuba dan Mexico. Sekarang banyak ditanam di Malaysia dan Indonesia.

Pokok Bucida ini boleh tumbuh tinggi sehingga mencecah 12 meter tetapi melalui teknik pangkas membolehkannya tumbuh rendang agar lebih cantik.

Cikgu Zamri, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Betau (dulu beliau adalah guru pemulihan di SK Pagar Sasak) sedang menyiapkan mural yang terbengkalai setelah beliau bertukar sekolah.

Terima kasih Cikgu Zamri kerana masih sudi datang ke SKPS dan seterusnya menyelesaikan projek yang beliau mulakan dahulu.

Menceriakan sudut MBMMBI.

Terima kasih kepada En. Azizi dan En. Syamsul.

Label baharu untuk pejabat dan bilik-bilik khas yang lain.

Label baharu ini atas inisiatif En. Aminuddin, GPK HEM.

Sudut ASEAN...terima kasih Cikgu Nazir.

Monday, February 16, 2015

Kursus Kepimpinan 2015

Kursus Kepimpinan Pegawas dan Pengawas Pusat Sumber diadakan pada 6 Februari 2015.

Murid Tahap 2 yang bukan pengawas juga turut dilibatkan.

Penceramah jemputan Tuan Sarjan Mejar Hashim dari Balai Polis Daerah Lipis.

En. Aminuddin Yusof, Guru Penolong Kanan HEM menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tuan SM Hashim.

Watikah pelantikan Pengawas dan Pegawas PSS disampaikan oleh Puan Norhayati Mohd Said, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Semoga kursus ini dapat melahirkan pemimpin berwibawa dalam kalangan murid-murid.

Friday, February 13, 2015

Mesyuarat Agung PIBG SK Pagar Sasak 2015

Pada 12 Februari 2015 (Khamis) berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-36 Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak.

Ibu bapa dan guru-guru yang hadir mendaftar diri sebelum masuk ke dalam dewan.

Sebahagian ibu bapa yang hadir. 

Tetamu VIP yang dijemput untuk merasmikan mesyuarat, YB Dato' Mustapa bin Long, ADUN Kawasan Padang Tengku.

En. Baharudin bin Hj. Wahid, Naib Yang Dipertua PIBG SK Pagar Sasak menyampaikan ucapan.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak menyampaikan ucapan yang mengfokaskan kepada pencapaian pendidikan murid-murid sekolah. Beliau juga memaklumkan beberapa info berkaitan perjalanan sekolah.

YB Dato' Mustapa Long menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Pagar Sasak Kali Ke-36.

Naib YDP, Encik Baharudin Hj Wahid menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada YB Dato' Mustapa Long. Terima kasih YB Dato' kerana sudi datang ke SK Pagar Sasak. YB Dato' terpaksa pulang awal kerana beliau terpaksa menghadiri satu lagi majlis di Kampung Relong.

Acara seterusnya disambung oleh En. Azhar bin Husin, Penghulu Mukim Kechau. En. Azhar menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada AJK PIBG 2014.

Guru Besar menyampaikan cenderamata terima kasih kepada En. Azhar. Terima kasih Tok Penghulu kerana sudi hadir.

Majlis berhenti seketika untuk jamuan ringan.

Mesyuarat bermula...Pengerusi Mesyuarat yang dilantik sebulat suara, En. Jefree sedang melaksanakan tanggung jawab beliau. Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada AJK baru yang dilantik. Semoga kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa akan berlangsung dalam suasana yang harmoni dan memberi impak yang besar kepada kemajuan pendidikan anak-anak PASAK.

Wednesday, February 4, 2015

Tuan Rumah Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah 2015

Pada 3 Februari 2015, SK Pagar Sasak telah dipilih sebagai tuan rumah pertandingan bola baling peringkat daerah.

4 zon mengambil bahagian iaitu Zon Bandar, Zon Padang Tengku, Zon Benta dan Zon Jelai. Setiap zon menghantar 2 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan.

Pertandingan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Kategori perempuan dimenangi oleh pasukan daripada Zon Jelai.

Encik Rosmi, Guru Besar SK Penjom dan En. Hasami, Guru Besar SK Wan Ibrahim hadir menyaksikan pertandingan ini. Selain mereka berdua, ada beberapa orang lagi Guru Besar yang turut hadir.

En. Ab Yazi bin Juhat, Pengerusi MGB Lipis merangkap Pengerusi Zon Padang Tengku menyampaikan sijil kepada para pemenang.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.