Saturday, March 26, 2016

Program cuti pertengahan penggal pertama 2016

Muafakat Membawa Berkat

Aktiviti menceriakan persekitaran sekolah. Persekitaran yang cantik dan bersih menyumbang kepada wujudnya suasana kondusif untuk murid-murid belajar dengan lebih baik.

Menukar atap 'pondok menunggu' di hadapan pintu masuk sekolah. Semoga murid-murid lebih selesa berteduh di bawah pondok ini ketika balik sekolah sementara menunggu ibu bapa datang mengambil.

Memotong dahan pokok semarak api yang melindungi papan menggantung banner yang terletak berhampiran pintu masuk sekolah.

Sunday, March 13, 2016

Terima kasih...

Majlis meraikan Cikgu Nurshahrin dan Cikgu Zulkifli yang akan menamatkan program praktikum selama sebulan di SK Pagar Sasak.

Kedua-dua mereka ialah guru pelatih dari IPGM Tengku Ampuan Afzan Kampus Kuala Lipis.

Cikgu Zul dan Cikgu Shahrin mengadakan program praktikum dari 15 Februari hingga 11 Mac 2016 dalam bidang pemulihan. Selama sebulan ini, mereka dibimbing oleh Cikgu Asmat.

Sempena kejadian gerhana matahari pada 9 Mac yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Solat Sunat Gerhana.

Program solat sunat ini diadakan di surau SK Pagar Sasak. Seluruh warga Pasak mengambil bahagian dalam program ini.

Tahniah kepada adik Hazziq bin Baharudin kerana mendapat tempat kedua pertandingan bercerita cerita-cerita tentang nabi sempena Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Zon Padang Tengku yang diadakan di SK Felda Chegar Perah pada 10 Mac 2016 yang lalu.

Alhamdulillah...pasukan bola sepak SK Pagar Sasak berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Zon Padang Tengku yang diadakan pada 8 Mac 2016 di SK Teluk Gunung.

Tahniah anak-anak Pasak kerana berjaya mendapat 2 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Padang Tengku yang telah berlangsung pada 25 Februari 2016 di SK Felda Kechau 1.

Wednesday, February 24, 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37

Pada 24 Februari 2016 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SK Pagar Sasak Kali Ke-37.
Gambar : Ibu bapa sedang mendaftar kehadiran.

Terima kasih kepada En. Azhar bin Ahmad, Pegawai Jasa Lipis kerana sudi hadir mewakili YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis bagi merasmikan mesyuarat ini.

En. Azhar sedang menyampaikan ucapan perasmian.

YDP PIBG SK Pagar Sasak, En. Baharudin bin Wahib sedang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada En. Azhar.

Sebahagian ibu bapa yang hadir. Terima kasih semua.

Mesyuarat gaya Parliament of the United Kingdom...tidak ada meja. Mesyuarat berlangsung dalam suasana muhibbah, banyak isu dapat diselesaikan dengan baik.

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada yang bernasib baik.

"Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Pagar Sasak Kali Ke-37 ini. Semoga apa yang telah dibincang dan diputuskan dapat dilaksanakan dengan baik agar memberi manfaat kepada anak-anak kita. Sebarang kelemahan serta kekurangan di pihak sekolah, sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh ibu bapa, in shaa Allah akan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak sekolah. Harapan saya, PIBG menjadi wadah untuk pihak sekolah dan ibu bapa berkolaborasi demi menjana kecemerlangan sekolah. Kita tidak mencari salah sesiapa tetapi sentiasa memikirkan penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul. Dalam menguruskan organisasi penting ini, saya sangat mengharapkan pandangan serta buah fikiran daripada ibu bapa. Organisasi ini, bukan milik saya atau guru-guru tetapi milik kita semua."

Mohd Fazli bin Abd Hamid
Guru Besar SK Pagar Sasak
25 Februari 2016

Friday, February 19, 2016

Program Pembangunan Kepimpinan & Penyampaian Watikah Pengawas

Pada 19 Februari 2016 telah diadakan Program Pembangunan Kepimpinan dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawas Sekolah dan Pusat Sumber.

Terima kasih kepada Pn. Hasmina binti Mat Hassan, Kaunselor SMK Seri Lipis kerana sudi hadir menyampaikan ceramah.

Semoga ceramah serta aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini mampu melahirkan pemimpin muda yang berbakat dalam kalangan murid-murid SK Pagar Sasak.

GPK HEM, En. Aminuddin bin Yusof sedang memyampaikan taklimat berkaitan disiplin serta peraturan sekolah.

Ustaz Hasanuddin selaku Guru Disiplin sedang mengendalikan program.

En. Aminuddin bin Yusof, GPK HEM sedang menyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber.

Penyampaian watikah pelantikan Pengawas Sekolah pula disempurnakan oleh Pn. Norhayati binti Mohd Said, GPK Pentadbiran SK Pagar Sasak.


10 minute English

Bagi mempertingkat pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR, pelbagai program diadakan. Antara program yang dilaksanakan ialah '10 Minute English'

Program ini diadakan pada setiap pagi Selasa dan Khamis iaitu mulai jam 7.30 hingga 7.40 pagi.

Program ini melibatkan murid Tahap 2 sahaja. Murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan telah dilantik seorang ketua yang berperanan melaksanakan program tersebut.

Setiap kumpulan telah ditetapkan seorang guru. Guru berfungsi sebagai fasilitator untuk memastikan program berjalan dengan baik.


Tuesday, February 16, 2016

Lawatan Tuan PPD ke SK Pagar Sasak

Pada hari Isnin, 15 Februari baru-baru ini, Tuan PPD Lipis, En. Nor Ahmad bin Abd Rahim telah mengadakan lawatan ke SK Pagar Sasak. Ini merupakan lawatan pertama beliau selaku Pegawai Pendidikan Daerah ke sekolah ini.

Banyak pandangan serta teguran yang telah Tuan PPD lontarkan untuk difahami serta diambil tindakan oleh guru-guru SKPS. Semoga lawatan ini memberi motivasi kepada seluruh warga Pasak dalam merealisasikan hasrat PPD untuk melihat sekolah ini mencapai kecemerlangan.

Tuan PPD turut mengambil kesempatan bertemu dengan murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah.

Pelancaran Program NILAM 2016

Perasmian Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) Peringkat SK Pagar Sasak diadakan pada 15 Februari 2016.

Selepas menyampaikan ucapan, Tuan Guru Besar menandatangani plak perasmian.

Tuan Guru Besar bergambar dengan semua Guru Penolong Kanan dan Guru Media, Pn. Haryani Ismail.

Persembahan lagu Nilam oleh Pengawas-Pengawas Pusat Sumber sebagai acara penutup pelancaran program Nilam. Semoga majlis pelancaran pada pagi ini, menjadi pemangkin bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak Pasak.