Monday, April 25, 2016

Program Motivasi Diri

Program motivasi diri kepada ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 anjuran ECER-Empower pada 22 April 2016.

Ceramah bertajuk "Ibu bapa melahir anak berjaya" disampaikan oleh Tuan Haji Rushdan bin Nordin, Pegawai Kaunselor Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Alhamdulillah, kaum bapa juga turut hadir untuk sama-sama membaiki diri demi kejayaan anak-anak.

Semoga intipati ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Rushdan ini memberi impak yang besar kepada ibu bapa ke arah merangsang kejayaan anak-anak.

Wednesday, April 20, 2016

Kem Bestari Solat 2016

Pada 16 April 2016 telah diadakan program Kem Bestari Solat di SK Pagar Sasak. Seramai 5 orang guru Pendidikan Islam dan 3 orang guru Kafa terlibat menjayakan program ini.

Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam program ini.

Semoga melalui program ini, murid-murid dapat mempelajari tatacara yang betul untuk menunaikan solat.

Latihan praktikal mengambil wuduk.

Tuan Guru Besar melihat anak-anak murid menjamu selera ketika waktu rehat.

Friday, April 15, 2016

Solat Sunat Istisqa'

Fenomena el-nino, cuaca yang panas dan kering...hujan dah lama tidak turun. Dan hari ini, Jumaat 15 April 2016 seluruh warga Pasak menunaikan solat sunat Istiqa' bagi memohon ke hadrat Allah swt agar diturunkan hujan.

“Ya Allah, berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.” (HR. Abu Daud)

Ustaz Mohd Sahar bin Idris sedang memberi taklimat tentang tatacara menunaikan solat sunat Istiqa'.

Sejurus selesai solat, menanti bacaan khutbah dan doa khas memohon hujan.

Khutbah dan doa solat sunat Istiqa' dibacakan oleh Ustaz Hasanuddin bin Yaakob.
Semoga doa serta usaha kita ini mendapat perkenan Allah swt.

Wednesday, April 13, 2016

Program Motivasi ECER-Empower

Pada 13 April 2016 telah berlangsung Program Motivasi guru dan staf sokongan yang dianjurkan oleh ECER-Empower di SK Pagar Sasak.

Ceramah bertajuk "Intergriti Dalam Perkhidmatan" disampaikan oleh Komander (B) Roslizan bin Ahmad Hamidin dari Pusat Pembangunan Modal Insan, Kampung Budu, Benta.

Ceramah yang melibatkan komunikasi dua hala ini, merupakan pendekatan terbaik untuk sesi petang

Walaupun ceramah En. Roslizan penuh dengan lawak namun ilmu dan kesedaran yang cuba disampaikan kepada guru-guru telah berhasil. Semoga mampu dimanfaatkan oleh guru-guru demi kecemerlangan anak-anak didik.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan staf kerana berjaya menunggu sehingga program ini selesai.

Saturday, April 2, 2016

Minggu Anti Dadah 2016

Majlis pelancaran Program Minggu Anti Dadah 2016 disempurnakan oleh En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak. Program ini diselaraskan oleh En. Aminuddin Yusof, GPK HEM dan Cik Nur Kartina Mohd Jailani, guru PPDa.

Aktiviti kemuncak ialah pada 31 Mac 2016 iaitu program ceramah dan pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Lipis.

Ceramah penyalahgunaan dadah dan kesan-kesannya. Semoga murid-murid mendapat banyak maklumat tentang bahaya dadah ini.

Murid-murid menyaksikan pameran anti dadah.

Guru-guru juga mengambil peluang menimba maklumat daripada pegawai-pegawai AADK.

Cikgu Aminuddin Yusof, GPK Hal Ehwal Murid menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada penceramah dari AADK Lipis.

TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat menjayakan Program Minggu Anti Dadah SK Pagar Sasak 2016.

Saturday, March 26, 2016

Program cuti pertengahan penggal pertama 2016

Muafakat Membawa Berkat

Aktiviti menceriakan persekitaran sekolah. Persekitaran yang cantik dan bersih menyumbang kepada wujudnya suasana kondusif untuk murid-murid belajar dengan lebih baik.

Menukar atap 'pondok menunggu' di hadapan pintu masuk sekolah. Semoga murid-murid lebih selesa berteduh di bawah pondok ini ketika balik sekolah sementara menunggu ibu bapa datang mengambil.

Memotong dahan pokok semarak api yang melindungi papan menggantung banner yang terletak berhampiran pintu masuk sekolah.

Sunday, March 13, 2016

Terima kasih...

Majlis meraikan Cikgu Nurshahrin dan Cikgu Zulkifli yang akan menamatkan program praktikum selama sebulan di SK Pagar Sasak.

Kedua-dua mereka ialah guru pelatih dari IPGM Tengku Ampuan Afzan Kampus Kuala Lipis.

Cikgu Zul dan Cikgu Shahrin mengadakan program praktikum dari 15 Februari hingga 11 Mac 2016 dalam bidang pemulihan. Selama sebulan ini, mereka dibimbing oleh Cikgu Asmat.

Sempena kejadian gerhana matahari pada 9 Mac yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Solat Sunat Gerhana.

Program solat sunat ini diadakan di surau SK Pagar Sasak. Seluruh warga Pasak mengambil bahagian dalam program ini.

Tahniah kepada adik Hazziq bin Baharudin kerana mendapat tempat kedua pertandingan bercerita cerita-cerita tentang nabi sempena Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Zon Padang Tengku yang diadakan di SK Felda Chegar Perah pada 10 Mac 2016 yang lalu.

Alhamdulillah...pasukan bola sepak SK Pagar Sasak berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Zon Padang Tengku yang diadakan pada 8 Mac 2016 di SK Teluk Gunung.

Tahniah anak-anak Pasak kerana berjaya mendapat 2 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Padang Tengku yang telah berlangsung pada 25 Februari 2016 di SK Felda Kechau 1.