Thursday, January 15, 2015

Sesi Persekolahan 2015 bermula

Salam untuk semua,
Sesi persekolahan 2015 dimulakan dengan program pendaftaran dan orientasi murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah yang diadakan pada 29 Disember 2014.

En. Aminuddin bin Yusoh, GPK Hal Ehwal Murid sedang memberi taklimat kepada ibu bapa. Semoga taklimat yang diberi oleh ketiga-tiga GPK dapat memberi pemahaman kepada ibu bapa berkaitan perjalanan sekolah.

Atas persetujuan guru-guru, pada 7 Januari 2015 telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) berkaitan DSKP Tahun 5. Semoga latihan yang diadakan ini dapat memantapkan guru-guru terutama yang mengajar Tahun 5 untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian.

Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada penjaga telah diadakan pada 9 Januari 2015. 

Diharapkan pemberian bantuan kewangan ini dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak.

Perhimpunan pagi hari pertama persekolahan pada 12 Januari 2015. 

Perhimpunan terpaksa diadakan di dalam dewan kerana hujan yang agak lebat.

Sesi persekolahan 2015 bermula. Semoga SK Pagar Sasak akan terus cemerlang pada tahun ini.

Wednesday, January 7, 2015

Guru Besar Baharu SK Pagar Sasak

Salam untuk semua,

SK Pagar Sasak telah mendapat Guru Besar baharu iaitu Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid yang menggantikan Tuan Haji Ishak bin Mohamad yang telah bertukar ke SK Relong. Encik Mohd Fazli telah memulakan tugas beliau di SK Pagar Sasak pada 15 Disember 2014. Sebelum dilantik sebagai Guru Besar, beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah Menengah) di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.