Kecemerlangan pengurusan sesuatu organisasi pendidikan perlu
kepada kemajuan menyeluruh semua bidang utama yang mendukungnya seperti Kurikulum,
Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Kepimpinan Organisasi, Kewangan, Pejabat,
Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pembangunan Sumber Manusia dan Perhubungan
Luar. Oleh hal yang demikian, sekolah memerlukan perancangan masa depan yang
teratur, kemas, efisyen untuk menuju ke
arah yang lebih cemerlang. Komitmen yang tinggi dari semua pihak amat
diperlukan bagi merealisasikan Visi dan Misi yang digubal.
Penggubalan Perancangan Strategik sekolah ini bertujuan
memberi gambaran masa depan yang jelas
kepada setiap individu yang melibatkan diri dengan Sekolah Kebangsaan Pagar
Sasak supaya dapat berkongsi matlamat serta mempunyai hala tuju yang sama agar sekolah
ini dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua guru serta anggota kakitangan pelaksana yang terlibat membina dan
menggubal buku Perancangan Strategik ini
. Adalah diharapkan melalui perancangan strategik ini semua pihak dapat
bergabung tenaga dan memusatkan tindakan ke arah memacu kecemerlangan sekolah.
Semoga usaha kita diberkati Allah SWT.
Untuk muat turun Perancangan Strategik SK Pagar Sasak 2015 - 2017, sila klik url di bawah :