Friday, November 20, 2015

Aktiviti November...

Latihan Dalam Perkhidmatan

Mengambil kesempatan cuti peristiwa sempena sambutan Deepavali, pihak sekolah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada guru-guru pada 12 November 2015.

Ladap kali ini memberi fokus kepada RCA dan iThink. Diharapkan dengan adanya latihan seumpama ini akan dapat mempertingkatkan kecekapan guru-guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka di dalam kelas nanti.

Jamuan Kelas 2015

Jamuan kelas pada 5 November 2015.

Jamuan kelas ini digabungkan bagi memudahkan urusan membuat tempahan makanan.

Projek Membina Pondok Pengawal

Projek membina pondok pengawal di pintu utama sekolah. Berbekalkan peruntukan terhad daripada YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku projek ini dimulakan oleh pekerja-pekerja sekolah dengan bantuan guru-guru.

Walaupun tanpa peruntukan khas, diharapkan hasrat untuk melihat sebuah pondok kawalan terbina di pintu masuk utama ini akan menjadi kenyataan.

Sumbangan wang ringit dan tenaga amat diperlukan. Bagi yang berminat untuk menyumbang, bolehlah berbuat demikian melalui PIBG SK Pagar Sasak.

No comments:

Post a Comment