Saturday, November 21, 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid & Graduasi Prasekolah SK Pagar Sasak Tahun 2015 telah diadakan pada 19 November baru-baru ini. Tokoh perasmi yang dijemput ialah Tuan Haji Abd Shukur bin Jamaludin, Penghulu Mukim Kechau. Turut hadir dalam majlis ini ialah Cik Siti Haslina binti Che Hassan, Penolong PPD Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Sebahagian ibu bapa dan tetamu jemputan yang hadir.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan alu-aluan dan laporan pencapaian akademik dan kokurikulum 2015.

Tuan Haji Abd Shukur bin Jamaludin, Penghulu Mukim Kechau menyampaikan ucapan perasmian. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tok Penghulu kerana sudi hadir dan merasmikan majlis ini.

En. Baharudin bin Haji Wahid, YDP PIBG SK Pagar Sasak sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya.

Cik Siti Haslina binti Che Hassan, wakil PPD Lipis turut diberi kesempatan menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi terbaik.

Tok Penghulu sedang menyampaikan hadiah dan sijil kepada kanak-kanak prasekolah.

Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang 5A, Mohamad Iman Sufi bin Jefree.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Tok Penghulu sebagai tanda kenang jasa di atas kesudian hadir dan merasmikan majlis ini.

Persembahan terakhir daripada murid-murid Tahun 6 sebelum mereka meninggalkan sekolah ini. Semoga anda semua akan lebih cemerlang di sekolah menengah nanti.

Persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 5.

Kanak-kanak prasekolah bergambar di atas pentas setelah selesai majlis graduasi.

Anggun bergaya murid-murid perempuan Tahun 5 yang menyertai persembahan nasyid.

Guru-guru bergambar dengan murid cemerlang 5A, Mohammad Iman Sufi bin Jefree. Semoga Sufi akan terus mencipta kejayaan di sekolah menengah nanti.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid dan Graduasi Prasekolah SK Pagar Sasak 2015. Kerjasama serta usaha bersungguh-sungguh anda semua telah memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan memberi kepuasan kepada tetamu kita.


No comments:

Post a Comment