Wednesday, June 17, 2015

Sukan SK Pagar Sasak 2015

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera,

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-28 SK Pagar Sasak telah diadakan pada 28 Mei 2015. Program sukan pada tahun ini dibuat secara sederhana sahaja. Tuan Guru Besar, Pengerusi PIBG dan Ketua Kampung Sungai Mun sedang menunggu acara dimulakan.

Acara perbarisan didahului oleh Rumah Laksamana (Biru)

Rumah Bendahara (Kuning)
Rumah Shahbandar (Merah)

Rumah Temenggung (Hijau)

Perarakan bendera kejohanan

Bacaan ikrar sukan disempurnakan oleh adik Mohamad Iman Sufi bin Jefree

Istiadat menaikkan bendera kejohanan.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Cenderamata perasmian disampaikan oleh Puan Norhayati binti Said, GPK Pentadbiran kepada Tuan Guru Besar.

Sebanyak 50 acara telah dipertandingkan.

Acara lompat jauh merupakan acara yang dipertandingkan dalam Sukantara.

Acara lontar peluru juga dipertandingkan dalam Sukantara.

Selain acara untuk murid-murid, acara untuk ibu bapa, belia dan beliawanis juga turut diadakan.


En. Baharudin bin Wahid, Pengerusi PIBG SK Pagar Sasak menyampaikan pingat kepada para pemenang.

Ketua Kampung Sungai Mun juga diberi penghargaan untuk menyampaikan pingat kepada pemenang.

Tuan Guru Besar menyampaikan medal kepada Olahragawan sekolah yang telah dimenangi oleh adik Nur Syaidatulnissa binti Azmi. Manakala Olahragawan telah dimenangi oleh adik Faiz Irfan bin Zahari.

Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi di tahun hadapan. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini.

Sunday, June 7, 2015

Sambutan Hari Guru dan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2015


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini diadakan bersekali dengan Sambutan Israk dan Mikraj pada 18 Mei 2015.

Sambutan secara sederhana ini dimulai dengan ceramah Israk dan Mikraj oleh Ustaz Mohd Sahar bin Idris.

Ucapan penghargaan oleh adik Mohamad Iman Sufi bin Jefree, Ketua Murid SKPS sempena Sambutan Hari Guru 2015.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang membaca Perutusan KPPM sempena Sambutan Hari Guru 2015.

Persembahan oleh murid-murid praseolah.

Persembahan oleh murid-murid Tahun 4.

Guru-guru juga mengambil peluang membuat persembahan.

Sesi penyampaian hadiah.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Cikgu Mohd Nazir, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Saturday, May 9, 2015

Gotong-royong

Untuk Anugerah Hari Guru Peringkat Daerah Lipis tahun ini, SK Pagar Sasak telah mencalon surau, bilik sains, sudut ppda dan tandas untuk dipertandingkan. Oleh itu, satu gotong-royong yang melibatkan semua staf sekolah telah diadakan pada hari Sabtu, 9 Mei 2015.

Tuan Guru Besar sedang memberi taklimat kepada guru-guru sebelum gotong-royong dimulakan.

Menghias Surau Al-Iman...pakat menengok apa tu?

Menampal info dan panduan solat di papan kenyataan surau.

Menceriakan bilik sains. Meja depan yang dihias cantik ni untuk pdp biasa, manakala meja belakang yang kosong tu untuk aktiviti ujikaji.

Tahun ini pertama kali SK Pagar Sasak mencalonkan bilik sains untuk Anugerah Hari Guru.

Sudut PPDa...walaupun tak luas tetapi padat dengan maklumat.

Banyak dah maklumat yang ditampal tu. Apa lagi yang sedang dibincangkan oleh En. Nazir dan En. Syamsul tu...

Kumpulan menceriakan tandas sedang menyiapkan tempat letak kasut. Pandai ke Cikgu Lokman memaku tu...

Dah siap pun. En. Hafiz (Pembantu Tadbir) sedang mengecat rak kasut.

Dah penat tu, kita berehat dan minum pagi dulu. Terima kasih kepada semua guru dan staf SK Pagar Sasak yang telah melibatkan diri dalam gotong-royong ini. Semoga kejayaan milik kita. Kalau tak menang jangan kecewa ya...sekurang-kurangnya kita telah berusaha.

Monday, April 13, 2015

Program Motivasi UPSR 2015

Pada 3 April yang lalu telah diadakan Program Motivasi UPSR 2015. Program ini turut melibatkan ibu bapa murid-murid Tahun 6.

Penceramah jemputan untuk program motivasi ini ialah Tuan Haji Hishamuddin bin Haji Abd Rahman, Ketua Unit Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.

Penyampaian tuan penceramah sangat menarik minat murid-murid. Bermula dengan cerita-cerita lucu, disulami dengan nyanyian-nyanyian yang menggembirakan semua orang, Tuan Haji Hisham membawa murid-murid menghayati erti kejayaan dan iltizam diri. Alhamdulillah, keinsafan yang terdetik dalam hati setiap murid-murid berjaya menitiskan airmata mereka. semoga ianya mampu menjadi pelonjak ke arah kecemerlangan yang kita semua harapkan.

Tuan Haji Hishamuddin sedang menandatangani buku pelawat.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Hishamuddin di atas kesudian hadir ke sekolah kami. Semoga dengan motivasi yang disuntik oleh tuan haji itu, murid-murid Tahun 6 SK Pagar Sasak akan lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan.

Saturday, April 11, 2015

Perkhemahan Puteri Islam 2015

Pada 8 hingga 10 April baru-baru ini, seramai 18 orang murid SK Pagar Sasak terlibat dalam Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Negeri (Zon Pahang Barat) 2015.

Perkhemahan tiga hari dua malam ini diadakan di SK Relong.

Cikgu Mohd Nazir dan En. Wan Kama sedang membantu menyiapkan gajet.

Pemandangan yang cantik kawasan perkhemahan saat mentari kian terbenam.

Aktiviti mendaki Gua Bama...gembira semua.

Majlis penutupan diadakan di Dewan Kampung Relong.

Majlis Penutupan Rasmi disempurnakan oleh Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku.

PENGHARGAAN

Tahniah kepada Faiz kerana berjaya mendapat tempat pertama acara lompat jauh Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Lipis.

Tahniah kepada Hazziq di atas kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Bercerita  Peringkat Daerah.


Friday, April 3, 2015

Bengkel Pertolongan Cemas

Pada petang 25 Mac baru-baru ini, SK Pagar Sasak telah menganjurkan Bengkel Pertolongan Cemas sebagai salah satu aktiviti bagi mengisi program kokurikulum tahun 2015.

Bengkel ini dikendalikan oleh En. Mohd Firdaus bin Mat Nawi, Penolong Pegawai Perubatan dan Cik Siti Amirah binti Abd Main, Jururawat Terlatih Klinik 1Malaysia.

En. Mohd Firdaus sedang menunjukkan cara-cara mengikat kain anduh.

Cik Siti Amirah sedang memerhatikan ahli-ahli unit beruniform SK Pagar Sasak membuat latihan pertolongan cemas.

En. Mohd Firdaus sedang menunjukcara bagaimana memulihkan pernafasan dan denyut nadi seseorang.

Guru-guru juga mengambil peluang melakukan praktikal mengikat kain anduh.

Guru Besar SK Pagar Sasak, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada En. Mohd Firdaus.

Semoga kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis ini akan berpanjangan sehingga ke tahun-tahun akan datang.