Friday, February 19, 2016

10 minute English

Bagi mempertingkat pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR, pelbagai program diadakan. Antara program yang dilaksanakan ialah '10 Minute English'

Program ini diadakan pada setiap pagi Selasa dan Khamis iaitu mulai jam 7.30 hingga 7.40 pagi.

Program ini melibatkan murid Tahap 2 sahaja. Murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan telah dilantik seorang ketua yang berperanan melaksanakan program tersebut.

Setiap kumpulan telah ditetapkan seorang guru. Guru berfungsi sebagai fasilitator untuk memastikan program berjalan dengan baik.


Tuesday, February 16, 2016

Lawatan Tuan PPD ke SK Pagar Sasak

Pada hari Isnin, 15 Februari baru-baru ini, Tuan PPD Lipis, En. Nor Ahmad bin Abd Rahim telah mengadakan lawatan ke SK Pagar Sasak. Ini merupakan lawatan pertama beliau selaku Pegawai Pendidikan Daerah ke sekolah ini.

Banyak pandangan serta teguran yang telah Tuan PPD lontarkan untuk difahami serta diambil tindakan oleh guru-guru SKPS. Semoga lawatan ini memberi motivasi kepada seluruh warga Pasak dalam merealisasikan hasrat PPD untuk melihat sekolah ini mencapai kecemerlangan.

Tuan PPD turut mengambil kesempatan bertemu dengan murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah.

Pelancaran Program NILAM 2016

Perasmian Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) Peringkat SK Pagar Sasak diadakan pada 15 Februari 2016.

Selepas menyampaikan ucapan, Tuan Guru Besar menandatangani plak perasmian.

Tuan Guru Besar bergambar dengan semua Guru Penolong Kanan dan Guru Media, Pn. Haryani Ismail.

Persembahan lagu Nilam oleh Pengawas-Pengawas Pusat Sumber sebagai acara penutup pelancaran program Nilam. Semoga majlis pelancaran pada pagi ini, menjadi pemangkin bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak Pasak.

Friday, February 5, 2016

Program Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Perjumpaan pertama dengan ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 diadakan pada 5 Februari 2016.

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan taklimat berkaitan program-program kecemerlangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Murid-murid Tahun 6 sedang melafazkan ikrar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.

Tuan Guru Besar sedang berbincang dengan ibu bapa anak-anak angkat beliau iaitu Haziq  dan Hakimie.

Setiap murid diberi seorang guru yang akan bertindak sebagai ibu atau ayah angkat mereka ketika berada di sekolah.

Peranan ibu dan ayah angkat ini ialah untuk memberi perhatian dan dorongan kepada anak-anak angkat masing-masing agar mereka sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi dalam ujian-ujian yang akan diadakan.

Semoga program-program yang akan dilaksanakan nanti memberi impak besar kepada peningkatan prestasi murid-murid.

Friday, January 29, 2016

Program Merentas Desa 2016

Program Merentas Desa 2016 peringkat sekolah telah diadakan pada pagi Jumaat, 28 Januari. Semua murid mengambil bahagian dalam acara ini.

Senaman ringkas dahulu sebelum acara larian bermula.

Amboi, awal-awal dah pecut ni. Jangan tak sampai check point sudahlah.

Laju sikit...ada yang dah berpatah balik tu.

Aduhai, kenapa ni? Dah tak daya nak menamatkan larian ke?


Dah sampai ke garisan penamat pun.

Berehat seketika selepas penat berlari.

Pn. Norhayati binti Mohd Said, GPK Pentadbiran menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Tahniah kepada yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa, cuba lagi di lain kali.

Ziarah Cakna Tuan Timbalan PPD Lipis

Pada 28 Januari baru-baru ini, SKPS telah dikunjungi oleh En. Hassan Basri bin Samsudin, Timbalan PPD Lipis. Beliau dalam rangka lawatan ziarah cakna ke sekolah-sekolah di daerah Lipis.

Beliau mengambil kesempatan melawat sekolah ini untuk bertemu dengan semua guru bagi menyampaikan pandangan serta amanat untuk dihayati oleh guru-guru.

Antara amanat yang disampaikan oleh Tuan Timbalan ialah pentingnya guru memberi kasih sayang kepada anak-anak murid agar segala masalah mereka terutama yang berkaitan dengan pendidikan dapat dikongsi dengan guru-guru. Ini memudahkan guru-guru mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Tuan Timbalan berharap, pencapaian UPSR pada tahun ini akan lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu.

Pertandingan Bola Baling (Lelaki) Zon Padang Tengku

Pada 27 Januari 2016, SK Pagar Sasak telah menjadi tuan rumah untuk pertandingan bola baling peringkat Zon Padang Tengku. (Gambar : Pasukan SK Pagar Sasak)

Taklimat kepada pengadil dan pengurus pasukan.

Sebanyak 7 sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Kechor Tui, SK Felda Kechau 1, SK Teluk Gunung, SK Merapoh, SK Felda Chegar Perah, SK Berchang dan tuan rumah.

Antara Guru Besar yang hadir menyaksikan pertandingan bola baling ini (dari kiri : GB SK Kechor Tui, GB SK Teluk Gunung dan tuan rumah). 

En. Ab Yazi bin Juhat, Guru Besar SK Felda Kechau 1 merangkap Pengerusi Zon Padang Tengku menyampaikan sijil dan medal kepada pemenang. Tahniah kepada SK Felda Kechau 1 kerana berjaya menjadi johan.