Saturday, July 25, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 & Riadah Minda Tahun Enam

Pada hari Sabtu baru-baru ini, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 dan Program Riadah Minda Tahun Enam.

Program ini diadakan untuk 'menyegar semula' minda murid-murid tahun enam sebelum mereka menduduki peperiksaan percubaan UPSR yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai ini.

Terus-terusan diasak dengan latihtubi menjawab soalan di dalam kelas menyebabkan murid-murid agak tertekan, tambahan pula akan berhadapan dengan peperiksaan percubaan. Oleh itu, diharapkan program yang dianjurkan ini dapat mengembalikan kesegaran serta ketahanan mental murid-murid.

Pada masa yang sama, guru-guru serta staf sekolah bergotong-royong menyediakan menu untuk jamuan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ini, sambutan hari raya Aidilfitri Peringkat Sekolah diadakan secara dalaman. Tiada jemputan luar, hanya melibatkan guru, staf serta murid-murid sahaja.

Walaupun dibuat secara dalaman sahaja, namun kemeriahan serta suasana hari raya tetap ada.

Sebelum menikmati jamuan hari raya, murid-murid serta guru-guru berkumpul di dalam dewan untuk mendengar ucapan Tuan Guru Besar serta majlis penyampaian hadiah program Riadah Minda Tahun Enam.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2015.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Program Riadah Minda Tahun Enam.

Selamat menjamu selera...

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan 2015

Assalammualaikum wrt. hbt.
Salam sejahtera
Pada 14 Julai 2015 (Selasa) telah diadakan Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 2015.

Majlis dimulakan dengan program khatam Quran.

Majlis penutupan ini dirasmikan oleh En. Amran bin Husin, Penghulu Mukim Kechau. Turut hadir ialah Ustaz Ismail bin Yahya, Penyelia Kanan Pendidikan Agama Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan.

Persembahan nasyid oleh murid-murid perempuan Tahun 6.

En. Amran sedang menyampaikan sumbangan hari raya kepada murid-murid yang merupakan anak-anak yatim.

Sumbangan juga diberi kepada keluarga-keluarga miskin.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata penghargaan kepada En. Amran bin Husin di atas kesudian menerima jemputan untuk hadir merasmikan Maj;is Penutupan Ihya Ramadhan 2015.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin.

Monday, July 13, 2015

Iftar Ramadhan SK Pagar Sasak

Kelab Staf SK Pagar Sasak telah menganjurkan jamuan berbuka puasa pada 6 Julai 2015 (Isnin) di Restoran  Azmi Steam Fish, Kuala Lipis.

Hampir semua staf hadir bersama keluarga masing-masing bagi memeriahkan program berbuka puasa ini.

Tahniah dan terima kasih kepada AJK Kelab Staf di atas inisiatif mengadakan program berbuka puasa ini. Diharapkan program-program seumpama ini dapat meningkatkan ukhwah seluruh warga SK Pagar Sasak.

Wednesday, June 17, 2015

Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan 2015

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera,

Pada 16 Jun 2015, Panitia Pendidikan Islam SK Pagar Sasak telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan 1436 Hijrah. Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid telah merasmikan majlis pelancaran program ini.

Ibu bapa murid turut dijemput untuk bersama-sama mengikuti program pada pagi ini.

Terima kasih kepada Ustaz Halim bin Ismail, Penolong PPD J-Qaf, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis kerana sudi hadir.

Penceramah undangan yang dijemput khas ialah Ustaz Ridhuan bin Abdullah, Penolong PPD J-Qaf, Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut.

Terima kasih ustaz kerana sudi datang walaupun agak jauh. Semoga ilmu yang disampaikan oleh ustaz dapat dimanfaatkan oleh semua warga SK Pagar Sasak.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata tanda terima kasih kepada Ustaz Ridhuan bin Abdullah.

Ustaz Halim bin Ismail menerima cenderamata kenang-kenangan  daripada Tuan Guru Besar.

Sukan SK Pagar Sasak 2015

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera,

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-28 SK Pagar Sasak telah diadakan pada 28 Mei 2015. Program sukan pada tahun ini dibuat secara sederhana sahaja. Tuan Guru Besar, Pengerusi PIBG dan Ketua Kampung Sungai Mun sedang menunggu acara dimulakan.

Acara perbarisan didahului oleh Rumah Laksamana (Biru)

Rumah Bendahara (Kuning)
Rumah Shahbandar (Merah)

Rumah Temenggung (Hijau)

Perarakan bendera kejohanan

Bacaan ikrar sukan disempurnakan oleh adik Mohamad Iman Sufi bin Jefree

Istiadat menaikkan bendera kejohanan.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Cenderamata perasmian disampaikan oleh Puan Norhayati binti Said, GPK Pentadbiran kepada Tuan Guru Besar.

Sebanyak 50 acara telah dipertandingkan.

Acara lompat jauh merupakan acara yang dipertandingkan dalam Sukantara.

Acara lontar peluru juga dipertandingkan dalam Sukantara.

Selain acara untuk murid-murid, acara untuk ibu bapa, belia dan beliawanis juga turut diadakan.


En. Baharudin bin Wahid, Pengerusi PIBG SK Pagar Sasak menyampaikan pingat kepada para pemenang.

Ketua Kampung Sungai Mun juga diberi penghargaan untuk menyampaikan pingat kepada pemenang.

Tuan Guru Besar menyampaikan medal kepada Olahragawan sekolah yang telah dimenangi oleh adik Nur Syaidatulnissa binti Azmi. Manakala Olahragawan telah dimenangi oleh adik Faiz Irfan bin Zahari.

Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi di tahun hadapan. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini.

Sunday, June 7, 2015

Sambutan Hari Guru dan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2015


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini diadakan bersekali dengan Sambutan Israk dan Mikraj pada 18 Mei 2015.

Sambutan secara sederhana ini dimulai dengan ceramah Israk dan Mikraj oleh Ustaz Mohd Sahar bin Idris.

Ucapan penghargaan oleh adik Mohamad Iman Sufi bin Jefree, Ketua Murid SKPS sempena Sambutan Hari Guru 2015.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang membaca Perutusan KPPM sempena Sambutan Hari Guru 2015.

Persembahan oleh murid-murid praseolah.

Persembahan oleh murid-murid Tahun 4.

Guru-guru juga mengambil peluang membuat persembahan.

Sesi penyampaian hadiah.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Cikgu Mohd Nazir, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.