Friday, October 23, 2015

Program Pasca UPSR Tahun 6

Kempen Antirokok

Pada 22 dan 23 Oktober 2015 telah berlangsung Program Antirokok Tahun Enam 2015 sebagai salah satu daripada program pasca UPSR.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena program ini ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mengarang sajak, kuiz dan ceramah bahaya merokok.

Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Program Antirokok Tahun Enam 2015.

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sempena kempen antirokok pada perhimpunan pagi 26 Oktober 2015. Tahniah kepada yang berjaya.

Lawatan ke Cameroon Highlands

Lawatan ke Cameroon Highlands pada 20 Oktober 2015.

Melawat Cameroon Highlands mestilah beli buah strawberry.

Turut menyertai lawatan ini ialah murid-murid Tahun 4 dan 5.

Wednesday, October 14, 2015

Hari Sukan Negara


Buat julung-julung kalinya Hari Sukan Negara telah diadakan di seluruh negara. Boleh dikatakan semua sekolah mengadakan program ini. Di sekolah SK Pagar Sasak program ini diadakan dengan kerjasama JKKK Mukim Kechau. Lima kampung mengambil bahagian iaitu Kampung Pagar Sasak, Kampung Dada Kering, Kampung Petola, Kampung Sungai Mun dan Kampung Melaka.

Acara senamrobik selepas selesai atur cara perasmian.

Guru Besar meniup wisel melepaskan peserta untuk acara 'Seribu Langkah Untuk Kesihatan'.

Sebahagian penduduk mukim Kechau dan warga sekolah yang mengambil bahagian dalam acara 'Seribu Langkah Untuk Kesihatan'.
Acara jalan santai, tidak perlu berlari.

Sambil berjalan boleh menikmati udara segar dan kehijauan flora.

Berehat seketika di checkpoint akhir sebelum berpatah balik.

Pertandingan bola sepak antara kampung. Peserta dikehendaki memakai kain pelekat. Turut diadakan sukaneka untuk kaum wanita yang mensyaratkan setiap peserta memakai kain batik.

Gotong-royong warga sekolah dengan penduduk kampung bagi menyediakan juadah makan tengah hari.

Guru Besar menyampaikan hamper kepada Pengerusi JKKK setiap kampung sebagai cenderamata kenangan di atas penyertaan dalam semua acara yang diadakan. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program Hari Sukan Negara ini.

Perkhemahan 2015

Perkhemahan bersepadu unit beruniform telah diadakan selama 3 hari iaitu mulai 8 hingga 10 Oktober 2015.

Perkhemahan ini disertai oleh 3 unit beruniform iaitu Pengakap, Tunas Kedet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.

Saling bekerjasama memasang khemah.

Aktiviti kraftangan

Pertandingan memasak roti lilit

Memasak dengan peralatan dan bahan yang terhad.

Latihan solat sewaktu aktiviti 'Jungle trekking'.

Guru-guru bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.

Peserta-peserta perkhemahan beratur mengambil makanan untuk sarapan pagi.

Semoga perkhemahan 3 hari 2 malam ini mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pelancaran Pusat Internet 1Malaysia

Pada akhir November yang lalu telah telah berlangsung Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia mukim Kechau. Pusat ini terletak bersebelahan dengan SK Pagar Sasak. Oleh itu, diharapkan kewujudan pusat ini dapat memberi sumbangan kepada anak-anak Pasak terutama dari segi kemahiran teknologi maklumat. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku. Pelbagai acara untuk kanak-kanak dan orang dewasa telah diadakan. Anak-anak Pasak turut serta mengambil bahagian dalam acara-acara yang diadakan.

Murid-murid prasekolah SK Pagar Sasak mengambil bahagian dalam acara mewarna.

Pertandingan menaip pantas bagi murid-murid Tahap 2

Murid-murid mengambil peluang melawat gerai-gerai pameran.

Semoga Pusat Internet 1Malaysia ini dapat dimanfaatkan oleh semua anak- anak Pasak untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Monday, September 7, 2015

Program di SK Pagar Sasak

Program Restu Ilmu

Pada 4 September 2015 (Jumaat) telah diadakan Program restu Ilmu untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan pada 8 hingga 10 September nanti.

Program ini, walaupun sederhana namun sangat bermakna. Menjadi simbolik kepada kerelaan dan keikhlasan guru-guru mencurahkan ilmu kepada murid-murid Tahun 6.

Program Sembahyang Hajat dan Bacaan Yaasin

Pada malam sebelumnya telah diadakan Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Masjid Kampung Sentang.

Alhamdulillah, semua penjaga dapat menghadirkan diri untuk sama-sama berdoa demi kejayaan anak-anak murid Tahun 6.

Program Ziarah Cakna UPSR

Terima kasih kepada Ustaz Halim bin Ismail, Penolong PPD J-Qaf dan En. Ahmad Rosli bin Ismail, Penyelia Kanan Sekolah Rendah kerana sudi hadir ke SK Pagar Sasak dalam rangka Program Ziarah Cakna UPSR.

Sokongan serta kata-kata motivasi yang disampaikan oleh kedua-dua pegawai dari PPD Lipis ini diharapkan dapat meningkatkan semangat murid-murid Tahun 6 untuk berhadapan dengan peperiksaan UPSR nanti.

Program Menggenggam 5A

Pada 18 hingga 20 Ogos 2015 seramai 4 orang murid target SK Pagar Sasak iaitu Faiz, Sufi, Nurin dan Nisa telah menyertai Program Menggenggam 5A yang diadakan di Kem Berala, Kuala Telang.

YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku menyampaikan sijil penyertaan kepada Sufi sebagai mewakili rakan-rakan yang lain.

Program Klik dengan Bijak

Pada 7 Ogos 2015, Pusat Internet 1Malaysia Pagar Sasak telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak di SK Pagar Sasak.


Semoga program ini dapat melatih murid-murid menggunakan internet untuk kebaikan pendidikan, bukan sekadar untuk membuang masa atau melakukan perkara-perkara tidak berfaedah.

Saturday, July 25, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 & Riadah Minda Tahun Enam

Pada hari Sabtu baru-baru ini, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 dan Program Riadah Minda Tahun Enam.

Program ini diadakan untuk 'menyegar semula' minda murid-murid tahun enam sebelum mereka menduduki peperiksaan percubaan UPSR yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai ini.

Terus-terusan diasak dengan latihtubi menjawab soalan di dalam kelas menyebabkan murid-murid agak tertekan, tambahan pula akan berhadapan dengan peperiksaan percubaan. Oleh itu, diharapkan program yang dianjurkan ini dapat mengembalikan kesegaran serta ketahanan mental murid-murid.

Pada masa yang sama, guru-guru serta staf sekolah bergotong-royong menyediakan menu untuk jamuan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ini, sambutan hari raya Aidilfitri Peringkat Sekolah diadakan secara dalaman. Tiada jemputan luar, hanya melibatkan guru, staf serta murid-murid sahaja.

Walaupun dibuat secara dalaman sahaja, namun kemeriahan serta suasana hari raya tetap ada.

Sebelum menikmati jamuan hari raya, murid-murid serta guru-guru berkumpul di dalam dewan untuk mendengar ucapan Tuan Guru Besar serta majlis penyampaian hadiah program Riadah Minda Tahun Enam.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2015.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Program Riadah Minda Tahun Enam.

Selamat menjamu selera...