Tuesday, August 30, 2016

Di ambang UPSR 2016

Program Solat Hajat Perdana di Masjid Kampung Sentang. Terima kasih kepada semua ibu bapa kerana sudi hadir.

Program riadah minda anak-anak Tahun 6 ke Muzium Kuala Lipis dan menjamu selera di Restoran KFC.

Majlis Restu Ilmu. Terima kasih kepada En. Baharudin bin Wahid, YDP PIBG kerana sudi hadir bagi menyampaikan kata-kata nasihat kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 5 September nanti.

Majlis penyampaian alatulis untuk murid-murid Tahun 6 sumbangan Empower Ecer pada 29 Ogos 2016. Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku.

Kem Bestari Solat pada hari Sabtu 27 Ogos 2016.

Kunjungan dua orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Lipis iaitu Ustaz Halim bin Ismail, Penolong PPD J-Qaf dan Encik Ajmad Rosli bin Ismail, Penyelia Kanan Sekolah Rendah ke SK Pagar Sasak untuk Program Cakna UPSR.

Pada 22 dan 23 Ogos 2016, SK Pagar Sasak menjadi tuan rumah untuk Bengkel Kecemerlangan UPSR anjuran Yayasan Pendidikan Mara. Bengkel ini disertai oleh 11 buah sekolah dengan jumlah peserta seramai 68 orang.

Dua orang staf SK Pagar Sasak telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015. Mereka ialah Cikgu Rozaimah Enche Mat dan En. Wan Kamarul Mazlan Wan Yaakob. Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh YH Dato' Pengarah Prndidikan Pahang di Dewan UMNO Lipis.

Penyampaian hadiah galakan kepada murid-murid Tahun 6 yang telah menunjukkan peningkatan dalam ujian percubaan UPSR 2016. Tahniah kepada Haziq, Nisa, Nadiah, Akmal, Hanis dan Masyitah.

Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam program Nilam dan bacaan pagi. Semoga pemberian hadiah ini dapat menjadi pendorong agar murid-murid meningkatkan jumlah bacaan mereka.

Seramai 5 orang murid Tahun 3 menyertai Bengkel Seribu Langkah Linus 2.0 di SK Relong.

Projek keceriaan membina pasu bunga. Terima kasih kepada En. Wan Mazlan dan Cikgu Aminuddin serta semua yang mrmberi pertolongan untuk menyiapkan projek ini.

Friday, July 22, 2016

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Mukim Kechau dan SK Pagar Sasak 2016

SK Pagar Sasak bersama Mukim Kechau telah menganjurkan sambutan hari raya pada 22 Julai 2016.

Terima kasih kepada YB Dato' Haji Abdul Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis kerana sudi hadir.

YB Dato' Mustafa Long, ADUN Psdang Tengku sedang menikmati juadah hari raya.

Tuan KPPD Lipis, En. Nor Ahmad bin Abd Rahim turut juga hadir.

Pengerusi bersama Program Sambutan Hari Raya Mukim Kechau dan SK Pagar Sasak, Tn. Haji Abdul Shukur bin Jamaludin, Penghulu Mukim Kechau dan En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak.

Tuan Guru Besar sedang melayan rakan-rakan yang dapat hadir.

Menu bagi jamuan ini sebahagiannya disumbang oleh JKKK di Mukim Kechau ini.

Sebahagian tetamu VIP yang hadir.

Guru-guru Kafa turut terlibat membantu di kiosk-kiosk makanan.

Berbaris untuk mengambil ais cream

Guru-guru mengambil kesempatan bergambar dengan mantan Guru Besar, Tuan Haji Ishsk Mohamad.

Terima kasih kepada semua JKKK Mukim Kechau yang mengambil bahagian dalam majlis ini.

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri"

Friday, July 1, 2016

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Program Ihya Ramadhan 2016

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Program Ihya Ramadhan 2016 telah diadakan pada 1 Julai yang lalu.

Antara program-program yang diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadhan pada tahun ini ialah bacaan al-Quran, iqra, hafazan, tadarus al-quran (dalam kalangan guru-guru), tazkirah ramadhan dan solat zohor berjamaah.

Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan perasmian penutupan program Ihya Ramadhan 2016.

Penyampaian cenderamata kepada Tn. Haji Mohd Sharif, Imam Masjid Kampung Sentang yang dijemput khas sebagai naqib khatam al-Quran.

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Mohd Sahar selaku penyelaras program.

Penyampaian cendermata kepada guru-guru pembimbing program bacaan al-quran, iqra dan hafazan.

Penyampaian bantuan kepada murid-murid sukar.

Persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 4

Penyampaian 'duit raya' kepada semua murid. Duit raya tahun ini disumbangkan oleh guru-guru dan ibu bapa.

Majlis selesai bolehlah cikgu-cikgu bergambar.

Guru-guru bergambar dengan peserta khatam al-Quran.

"Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan staf SK Pagar Sasak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Khatam al-Quran dan Penutupan Program Ihya Ramadhan 2016 ini"


Friday, June 24, 2016

Hari Konsultasi Akademik Bil. 1/2016

Pada 24 Jun 2016 (Jumaat) SK Pagar Sasak telah mengadakan 'Hari Konsultasi Akademik Bil. 1/2016

Semua ibu bapa serta penjaga murid Tahun 1 hingga 6 telah dijemput hadir. Perjumpaan dengan ibu bapa kali ini bertujuan membincangkan prestasi anak masing-masing dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan laporan prestasi keseluruhan peperiksaan pertengahan tahun 2016.

Selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar, ibu bapa diminta untuk pergi ke kelas anak masing-masing untuk bertemu dengan guru kelas bagi mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun.

Cikgu Fazilah, guru kelas Tahun 3 sedang berbincang dengan ibu bapa berkaitan prestasi anak-anak mereka.

Semoga dengan wujudnya perbincangan antara guru-guru dan ibu bapa, sebarang masalah pembelajaran yang mengganggu pencapaian murid-murid dapat diatasi.

Selain mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun, ibu bapa juga diminta untuk mendapatkan keputusan peperiksaan kelas Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) anak-anak mereka.

Program Iftar Jama'ie Kelab Staf Pasak

Kelab Staf Pasak telah menganjurkan Program Iftar Jama'ie pada 23 Jun yang lalu di Lipis De'Cafe Pahang Club.

Alhamdulillah, ramai juga kalangan guru-guru dan staf sokongan yang dapat hadir.

Cikgu Malik dan Cikgu Rozaimah dengan pasangan masing-masing serta anak-anak.

Cikgu Jefree dan Cikgu Fazilah bersama anak-anak menunggu masuk waktu berbuka.

Semoga program ini dapat meningkatkan lagi semangat ukhwah dalam kalangan warga Pasak.

Monday, May 30, 2016

Kem Kecemerlangan UPSR Jeram Bechung

Seramai 22 orang murid Tahun 6 SK Pagar Sasak terlibat dengan Kem Kecemerlangan UPSR anjuran Empower-ECER di Jeram Bechung, Kuala Medang.

Kem ini melibatkan murid-murid Tahun 6 dari empat buah sekolah iaitu SK Pagar Sasak, SK Mela, SK Kemahang dan SK Tanjung Besar.

Selain aktiviti berkaitan akademik, turut juga diadakan aktiviti riadah di sebelah petang.

Sedap tidur tu...mungkin keletihan setelah seharian terlibat dengan kem.

Majlis penutup kem disempurnakan oleh En. Afizal bin Ahmad Pahmin, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Lipis.

Terima kasih kepada Ustaz Sahar, Cikgu Jefree dan Cikgu Amin kerana menguruskan pengangkutan pergi balik murid-murid ke Jeram Bechung.
Terima kasih kepada Empower-ECER di atas penganjuran kem ini.