Saturday, January 2, 2016

Program Orientasi Murid Tahun 1 dan Prasekolah

Pada 31 Disember 2015 (Khamis), pihak sekolah telah menganjurkan Program Orientasi Murid Tahun 1 dan Prasekolah untuk sesi persekolahan 2016. Program diadakan di Dewan Pasak Bicara.

Seramai 26 orang murid Tahun 1 dan 14 orang murid prasekolah telah mendaftar diri untuk bersekolah di sini pada sesi persekolahan akan datang.

Antara atur cara program ialah ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar dan kemudian diikuti dengan taklimat bidang-bidang utama di sekolah oleh GPK Pentadbiran, GPK HEM serta GPK Kokurikulum.

 Masih takut-takut murid prasekolah ini. Maklumlah ini pengalaman pertama hadir ke sekolah.

Murid Tahun 1 yang kebanyakannya sudah ada pengalaman di prasekolah sudah pandai berdikari.

Berada di dalam kelas Tahun 1. Sesi berkenalan dengan guru-guru yang akan mengajar mereka nanti. Alhamdulillah, tidak ada yang menangis.

Wajah ceria anak-anak Tahun 1. Enam tahun lagi mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga pendidikan yang akan mereka terima di Tahun 1 hingga Tahun 5 nanti melengkapkan mereka dengan ilmu dan pengetahuan agar mampu berjaya dalam UPSR 2021.

Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1/2016

Mesyuarat Pengurusan SK Pagar Sasak Bil. 1/ 2016 telah berlangsung pada 30 Disember 2015. Mesyuarat telah dihadiri oleh 19 orang guru dan 5 Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid membincangkan langkah-langkah persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan 2016 yang akan bermula pada 4 Januari 2016 nanti. Selain mesyuarat pengurusan turut diadakan sekali Mesyuarat Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Tuan Guru Besar mengingatkan kepada semua guru dan AKP agar dapat melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Bekerja sebagai satu pasukan agar visi sekolah iaitu 'Pasak trampil cemerlang di daerah Lipis tahun 2018' dapat direalisasikan.

Sunday, December 13, 2015

Perancangan Strategik Sekolah


Kecemerlangan pengurusan sesuatu organisasi pendidikan perlu kepada kemajuan menyeluruh semua bidang utama yang mendukungnya seperti Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Kepimpinan Organisasi, Kewangan, Pejabat, Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pembangunan Sumber Manusia dan Perhubungan Luar. Oleh hal yang demikian, sekolah memerlukan perancangan masa depan yang teratur, kemas, efisyen  untuk menuju ke arah yang lebih cemerlang. Komitmen yang tinggi dari semua pihak amat diperlukan bagi merealisasikan Visi dan Misi yang digubal.

Penggubalan Perancangan Strategik sekolah ini bertujuan memberi  gambaran masa depan yang jelas kepada setiap individu yang melibatkan diri dengan Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak supaya dapat berkongsi matlamat serta mempunyai hala tuju yang sama agar sekolah ini dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru serta anggota kakitangan pelaksana yang terlibat membina dan menggubal buku Perancangan Strategik  ini . Adalah diharapkan melalui perancangan strategik ini semua pihak dapat bergabung tenaga dan memusatkan tindakan ke arah memacu kecemerlangan sekolah. Semoga usaha kita diberkati Allah SWT.

Untuk muat turun Perancangan Strategik SK Pagar Sasak 2015 - 2017, sila klik url di bawah :

Saturday, November 21, 2015

Program Berkhatan SK Pagar Sasak 2015

Acara terakhir sesi persekolahan 2015 ialah program berkhatan beramai-ramai. Seramai 11 orang murid mengambil bahagian dalam program ini.

Perarakan bunga manggar sambil berselawat diadakan bagi memeriahkan majlis ini.

Menunggu ketibaan Pegawai Perubatan.

Perarakan bunga manggar turut disertai paluan kompang oleh Pasukan Kompang Kampung Sungai Mun.

Murid-murid yang terlibat dimandikan dahulu sebelum acara berkhatan.

Seronok mandi air paip bomba...hilang rasa gementar.

Menunggu penuh debaran.

Alhamdulillah, sekitar jam 12 tengah hari semua murid yang terlibat selamat dikhatankan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid & Graduasi Prasekolah SK Pagar Sasak Tahun 2015 telah diadakan pada 19 November baru-baru ini. Tokoh perasmi yang dijemput ialah Tuan Haji Abd Shukur bin Jamaludin, Penghulu Mukim Kechau. Turut hadir dalam majlis ini ialah Cik Siti Haslina binti Che Hassan, Penolong PPD Kualiti, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Sebahagian ibu bapa dan tetamu jemputan yang hadir.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pagar Sasak sedang menyampaikan ucapan alu-aluan dan laporan pencapaian akademik dan kokurikulum 2015.

Tuan Haji Abd Shukur bin Jamaludin, Penghulu Mukim Kechau menyampaikan ucapan perasmian. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tok Penghulu kerana sudi hadir dan merasmikan majlis ini.

En. Baharudin bin Haji Wahid, YDP PIBG SK Pagar Sasak sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya.

Cik Siti Haslina binti Che Hassan, wakil PPD Lipis turut diberi kesempatan menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi terbaik.

Tok Penghulu sedang menyampaikan hadiah dan sijil kepada kanak-kanak prasekolah.

Penyampaian hadiah kepada murid cemerlang 5A, Mohamad Iman Sufi bin Jefree.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Tok Penghulu sebagai tanda kenang jasa di atas kesudian hadir dan merasmikan majlis ini.

Persembahan terakhir daripada murid-murid Tahun 6 sebelum mereka meninggalkan sekolah ini. Semoga anda semua akan lebih cemerlang di sekolah menengah nanti.

Persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 5.

Kanak-kanak prasekolah bergambar di atas pentas setelah selesai majlis graduasi.

Anggun bergaya murid-murid perempuan Tahun 5 yang menyertai persembahan nasyid.

Guru-guru bergambar dengan murid cemerlang 5A, Mohammad Iman Sufi bin Jefree. Semoga Sufi akan terus mencipta kejayaan di sekolah menengah nanti.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid dan Graduasi Prasekolah SK Pagar Sasak 2015. Kerjasama serta usaha bersungguh-sungguh anda semua telah memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan memberi kepuasan kepada tetamu kita.


Keputusan UPSR 2015



Muhammad Iman Sufi bin Jefree
5A


Nur Syaidatulnisa binti Azmi
4A1B


Nurin Maisarah binti Ahmad Sabri
4A1B


Faiz Irfan bin Zahari
4A1C


Husna Hazifah binti Mohd Fian
3A2B


ANALISIS KEPUTUSAN

MP
A
B
C
PERATUS
D
E
BM (K)
9
1
9
95
0
1
BM (P)
9
3
6
90
1
1
BHS INGGERIS
3
3
6
60
7
1
MATEMATIK
4
1
11
80
1
3
SAINS
3
6
9
90
0
2

LULUS SEMUA MP
55%
GPS
2.55



Empat pelajar cemerlang, dari kanan Mohd Iman Sufi (5A), Syaidatulnisa (4A1B), Nurin (4A1B), Husna (3A2B) dan Faiz (4A1C - tiada dalam gambar). Pihak sekolah merakamkan tahniah kepada anda semua.

Friday, November 20, 2015

Aktiviti November...

Latihan Dalam Perkhidmatan

Mengambil kesempatan cuti peristiwa sempena sambutan Deepavali, pihak sekolah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada guru-guru pada 12 November 2015.

Ladap kali ini memberi fokus kepada RCA dan iThink. Diharapkan dengan adanya latihan seumpama ini akan dapat mempertingkatkan kecekapan guru-guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka di dalam kelas nanti.

Jamuan Kelas 2015

Jamuan kelas pada 5 November 2015.

Jamuan kelas ini digabungkan bagi memudahkan urusan membuat tempahan makanan.

Projek Membina Pondok Pengawal

Projek membina pondok pengawal di pintu utama sekolah. Berbekalkan peruntukan terhad daripada YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku projek ini dimulakan oleh pekerja-pekerja sekolah dengan bantuan guru-guru.

Walaupun tanpa peruntukan khas, diharapkan hasrat untuk melihat sebuah pondok kawalan terbina di pintu masuk utama ini akan menjadi kenyataan.

Sumbangan wang ringit dan tenaga amat diperlukan. Bagi yang berminat untuk menyumbang, bolehlah berbuat demikian melalui PIBG SK Pagar Sasak.